Monday, November 17, 2008 | By: WR

PIAGAM PELANGGAN


( KLIK IMEJ )
Saya ke sekolah anak untuk menghantar borang ke tingkatan satu 2009. Dengan keputusan 4A, 1B, anak saya layak mengisi borang ke sekolah premier/KRK/KAA/SMKA.Setelah membuat salinan semua sijil kurikulum dan kokurikulum saya terus berjumpa GPKKo yang kebetulan kawan lama saya. Dahulu dia sama sekolah dengan saya tetapi turun ke sekolah rendah sebagai GPK KO. Guru-guru lain kurang dikenali kerana antara guru SK dan guru SMK jarang bertemu. Biasanya suami saya yang selalu berurusan dengan sekolah. Oleh kerana suami saya sibuk kali ini saya sendiri yang menguruskan hal anak. INI menyebabkan saya kurang dikenali di sekolah tersebut.

Penampilan saya yang "biasa-biasa saja" menyebabkan kerani sekolah melayan saya acuh tak acuh saja.. maklum la saya pulak memang jenis yang pendiam dan tak banyak cakap. Dengan muka tak pernah bermekap, ramai yang tidak menyangka saya seorang kakitangan kerajaan. Seorang ibu kepada kawan anak saya yang hanya surirumah tetapi bergaya, mendapat layanan istimewa. GKP Pentadbiran menyambut kedatangannya dengan senyum dan bersalaman. Ditanya apa yang perlu dan segera diberi kerjasama yang baik sekali...

Sebelum menyerahkan borang itu, seorang kerani menyemak borang yang dihantar. kemudian dia memberitahu tentang sijil berhenti sekolah yang tidak terdapat dalam fail anak saya. Rupanya sijil itu dibaiki kerana terdapat sedikit kesilapan. Akhirnya sijil lain dikeluarkan. Sijil itu perlu dibuat salinan. Oleh kerana kedai fotostat agak jauh saya meminta untuk membuat salinan di pejabat sekolah tersebut.Bangun seorang lelaki dengan agak kasar berkata:
" Di sini kalau nak fotostat kena bayar la! Kenapa tidak fotostat semua sekali di kedai"
Saya agak terkejut. GPK KO kawan saya menoleh tapi dia diam je.
" Yer la , saya bayarla, sekeping je pun..... saya mempunyai duit yang cukup untuk membayarnya!" Spontan keluar dari mulut saya. Saya pun tidak menyangka saya menjawab sedemikian. Selepas menghulurkan wang 20 sen saya terus menyerahkan borang dan berlalu. Saya amat berkecil hati....

Saya rasa serba salah juga dengan tindakbalas saya itu. Tambahan pula GPK KO kawan saya tuh masih ada di situ. Adakah saya yang terlalu sensitif ataukah pendekatan kerani itu yang tidak kena dalam melayan pelanggan? Apakah dalam melayan pelanggan ini, mesti memilih bulu. Orang yang dianggap "SESEORANG" dilayan dengan begitu baik sedangkan orang yang "KEKAMPUNGAN" diherdik sesuka hati.Piagam pelanggan setiap jabatan bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan penuh tanggungjawab dan tulus........BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA..

3 Dari Kacamata Orang lain:

CikguSepajo said...

Di sesetengah sekolah, kerani/PAR lebih besar daripada guru besar. Guru bsar pun tak berani nak tegur. Tindakan cikgu tu memang betul. Kita sebagai guru terlalu baik, terlalu nak jaga hati orang.

mantan said...

Memang ramai yang begitu. Mereka fikir tindakan mereka itu betul. Barangkali mereka ini tidak pernah diajar bagaimana berurusan dengan cara yang betul dengan sesiapa sekalipun.

Baru-baru ini saya ke sekolah untuk bertemu rakan yang menjadi pengetua di sebuah sekolah. Saya terpaksa berhadapan dengan "jaga" yang bertugas di pintu masuk sekolah.

Oleh kerana banyak sangat soalannya, dan cara bercakap yang agak "kurang-ajar" saya menelefon kawan saya itu. Kawan saya itu kemudiannya menelefon jaga itu.

Saya bukan tidak tahu, si jaga itu menjalankan tugasnya. Tapi bagi saya, si jaga itu tidak faham tentang tugasnya. Bagi saya tugas jaga bukan menghalang orang masuk
tetapi mengawal orang keluar masuk sekolah. Dia boleh menghalang jika didapati orang yang mahu masuk itu boleh mengancam keselamatan.

yusofsipan said...

Tersentuh hati saya apabila membaca kisah sedih itu, kejadian yang sangat dikesalkan. Moga2 tidak akan berlaku di sekolah saya. InsyaAllah, selepas ini saya akan lebih kerap memberi pesan kepada kakitangan pejabat supaya lebih mesra dan melayani tetamu dengan lebih baik.

Related Posts with Thumbnails