Saturday, November 22, 2008 | By: WR

BUAH NAM NAM ( cynometra cauliflora)

Hari ini cuaca agak cerah walaupun tanah masih lembab. Hujan berhenti seketika. Ketika keluar menjemur kain diampaian, tersilau pula gugusan buah nam-nam di batang pokoknya yang rendah. Buah nam-nam atau kalau di Kelantan dipanggil BUAH KATAK PURU.( saya berasal dari Kelantan) Walau namanya menyerupai nama binatang ( KATAK) tapi saya sangat menyukainya. Rupanya buruk tapi rasanya enak bagi saya. Masam masam manis, berlemak lagi. Saya belek nota kuliah lama yang telah saya bukukan dan mancari nama saintifik bagi buah ini - cynometra cauliflora.




Setelah tamat di Universiti Pertanian Malaysia ( sekarang Universiti Putra ), saya memang bercita-cita membuka ladang samada tanaman atau ternakan. Tetapi, kerjaya sebagai guru menuntut banyak masa dan saya tidak mahu mengorbankan kerjaya saya ini untuk satu bidangusaha yang lebih tinggi risikonya. Jadi minat saya menanam hanya saya buat disekeliling rumah. Saya menanam rambutan, mangga, durian( tidak pernah berbuah), pisang, sukun , manggis, delima dan nam-nam ini. Yang paling banyak pokok pisang manakla manggis 5 pohon. Yang lain-lain semuanya satu pokok untuk satu jenis.

10 Dari Kacamata Orang lain:

CikguSepajo said...

Inilah spesis buah-buahan yg saya tak pernah jumpa. Ia termasuk dlm famili cempedak ke?

mantan said...

Belum pernah saya rasa buah nam nam @ buah katak puru @ cynometra cauliflora. Tak nampakpun terjual di mana-mana. Besar mana buahnya?.

WR said...

CikguSepajo:
ia kecil saja. BUkan famili cempedak. Famili fabaceae ( leguminosae) sama famili dengan kacang tanah.

Cikgu wahab:
di Pasar tani kampung saya ada jual. Buahnya lebih kurang sebsar limau manis tetapi ia leper. Pelbagai saiz ada besar ada kecil. Tapi tidakla sebesar nangka. Kecil sikit dari epal. Jenis buah asam.

WR said...

untuk mengagak saiznya saya letakkan buah katak puru ini atas tangan anak saya dalam posting. Boleh la anda bandingkan saiznya.

Juita said...

masa kite hamil ank sulong dlu ade gak ngidam nk mkn buah nih. Tp masa tuh kite kat Perak. Skg ari2 bleh mkn biah ni.... mtk halal ye makngah....hehhehe

Anonymous said...

waruna
maaf, selalu baca tapi tak berikan komen apa apa. takut julia marah sebab ejaan tak betul. kadang kadang masa menulis jari jemari tu cepat sangat, samapi salah eja dan sebagainya.. untuk bagi pokok rambutan berbuah, senang je, cantas dahan dahan dia dan bagi dia warning..kalau tak berbuah jugak kau akan aku tebang...ada yang suruh berbual dan berikan salam pada dia [ pokok rambutan ] cakap berbuahlah, ramai nak rasa kemanisan buah awak..cubalah.

cikgu wahab,
pokok tu ada kat rumah saya dan rumah cikgu lias, bila masak warnanya bertukar...datang rumah nanti...atau kalau masak, nanti saya hantar rumah

WR said...

alahai.. nak kena bercakap2 dengan pokok ke... mak saya ajar pulak, kelar2 sikit bahagian batangnya dengan parang buat macam mengamok.Itu amalan orang2 tua dulu-dulu ... Nantila esok saya pergi bercakap dengan pokok yang tidak berbuah tu.. :)

Anonymous said...

Terkejut saya ramai yg tak kenal spesis buah nam nam ni.Anak saya pun tak tau. Katanya tak pernah tengok. Buah ni macam buah belimbing buluh, dia melekat di batang pokok. Buah nam-nam ni rupanya seperti katak berketak-ketak dan melekat bergugus-gugus di batang pokoknya.Masa saya kecik2 sewaktu pergi mengaji saya akan lalu di pokok ini dan kalau ada buahnya saya pasti petik dan letak dalam bag.Masa tu saya bersekolah di Ahmad Primary School Pekan, Pahang dalam darjah 2. Bagi saya buahnya masam-masam tapi sedap dan tidaklah semasam belimbing buluh.Buah ni memang jarang dan sukar dijumpai kini. Mungkin kita boleh buat sesuatu.

Cikgu Chun said...

Sekarang baru saya dengar pulak buah Nam-Nam setelah lama meninggalkan UPM. Dulu saya ambik bidang Sains Pertanian dan 1st time saya tahu nama komersial Buah Katak Puru tu buah nam-nam ialah semasa di UPM lah. Saya pun asal Kelantan jugak, memang kat sana kita panggil Katak Puru...kat umah saya pun ada 1 pokok, tapi dah lama tak makan. :)

Anonymous said...

INSERT

Related Posts with Thumbnails