Wednesday, December 29, 2010 | By: WR

CATATAN PENUTUP TIRAI 2011

2010 hampir pergi dan 2011 bakal tiba tak berapa lama lagi. Banyak peristiwa berlaku di akhir2 2010 yang pastinya menuntut banyak kesabaran. Walaupun rancangan bercuti ke Melaka menjadi kenyataan, namun beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan turut mewarnai 2011.

1. Kesihatan ayahnda yang makin merosot mendambakan perhatian anak2 yang lebih komited.Cuti sekolah yang lepas selain bertugas disekolah dan masih menjalankan kelas tambahan untuk pelajar SPM , saya juga bertugas di rumah emak di kampung untuk menjaga kedua-dua ibubapa yang semakin uzur lebih2 ayahnda yg terbatas pergerakannya akibat sakit tua.

2. Abang saya juga turut ditimpa sakit tiba2. Mujur anak2nya ada dirumah kerana cuti sekolah.

3. Setelah tamat SPM, anak2 menuntut untuk bercuti. Saya menjadi serba salah tetapi selepas giliran tugas menjaga ayah terlaksana, saya ikut kan juga impian anak2 walau kami pergi hanya sehari melawat. 2 hari perjalanan pergi balik agak memenatkan. Takpa lah asal anak2 terhibur. Kalau ikutkan hati memang malas nk berjalan jauh bila usia dah meningkat.

4. paling menekan perasaan bila 2 hari balik dari Melaka, suami diserang sakit lagi menyebabkan kedua2 tangan dan kakinya tidak dapat bergerak. Amat mengejutkan saya, akhirnya saya membawanya ke hospital dan tidak dapat menghadiri mesyuarat awal tahun 2011 ( mesyuarat guru dan JKS ) Terpaksa menjagannya di wad hospital Besut. Dalam kebimbangan kemungkinan berlaku macam2 andaian, saya bersyukur kerana ahirnya suami pulih... Terima kasih ALLAH. Syukur juga padaMu ya ALLAH kerana mengurniakan DUA anak lelaki yang menjadi kekuatan diri ini. Kebetulan anak perempuan saya menghadiri KEM jatidiri di ILIM Besut.

Semoga tiada lagi peristiwa hitam di hujung 2010 ini.

Tuesday, November 30, 2010 | By: WR

MURIDKU...

Semasa ke sekolah untuk bermesyuarat ( MESYUARAT MAJLIS TADBIR ) saya terserempak dengan seorang murid 4TV yg mengambil mata pelajaran sains pertanian. Azamri. Saya bertanya kenapa dia datang ke pejabat sekolah dalam cuti ni. Dengan wajah selambanya dia menjawab .
" Saya nk bertukar ke sekolah lain "
Mmm.. nampaknya semakin berkuranglah bilangan pelajar saya. Sebelum ni Akmal hakim juga akan berpindah sekolah kerana urusan keluarga. Bagi Azamri saya tahu sebabnya kenapa nak bertukar sekolah, tapi biarlah saya simpan rahsia itu kalau boleh dikatakan rahsia.

Semenjak menjadi guru yang veteren ni, saya layan murid2 saya tidak terlalu keras tapi tetap tegas. Telah lama saya tinggalkan sikap terlalu garang dan terlalu cepat memarahi pelajar jika mereka berbuat salah. Kini saya lebih kepada pendekatan "memujuk". Saya perhatikan murid pun tidak berapa tertekan dan mereka agak rapat dengan guru. Tetapi saya pastikan mereka tidak "terlebih" dan naik kepala. Selalu juga saya selitkan sedikit motivasi tentang pengorbanan ibu bapa semasa P dan P. Saya juga berkongsi pengalaman tentang masa remaja saya yg lahir dlm keluarga "miskin" dan ini rupanya memberi kesan dlm hati mereka. Saya buktikan kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya. Hasilnya saya dapati murid2 memang rapat dengan saya dan apa yg saya suruh mereka akan ikut. Buktinya projek fertigasi saya berjalan lancar tanpa saya bersusah payah kerana adanya tenaga pelajar yg sukarela memberikan komitmen . Saya mempercayai mereka, memberi peransang dan melorongkan mereka kearah semangat bekerjasama . Kini mereka boleh menjaga tanaman fertigasi tanpa ada saya bersama. Segala aktiviti dibuat dan dilaporkan kepada saya dengan sistematik.

Azamri salah seorang dari mereka. Beliau sudi datang masa cuti untuk menguruskan kebun fertigasi. Namun, dia terjerumus juga ke masalah disiplin. Berhadapan hukuman disiplin membuatkan dia membuat keputusan bertukar sekolah. Saya menyerahkan fail kerja kursus sains pertanian kepadanya untuk diserahkan kepada guru sekolah barunya. Semasa melangkah keluar pejabat dia sempat senyum dan menganggukkan kepala kepada saya... Dalam hati saya, saya tetap positif bahawa sekiranya dia masih di SMK Pelagat, saya rasa dia masih boleh diubah.

Tak apalah muridku. Di mana saja kamu belajar sekiranya kamu mematuhi disiplin sekolah, menjaga hubungan baik dengan guru2, memberi fokus kepada pelajaran, InsyaAllah kamu akan berjaya. Tapi jika kamu tersilap langkah lagi.... kamu boleh sambung sendiri ayat cikgu itu..

Selamat belajar di sekolah baru untuk Azamri.. Muka kesian kamu itu tetap cikgu ingat..

Thursday, November 25, 2010 | By: WR

SI HITAM MERAGAM

Si Hitam saya berumur 3 tahun 6 bulan. Sejak saya mem"bela" si hitam , dia tidak pernah meragam. Tapi semalam dia dah mula buat hal.... Semalam adalah hari ke 2 peperiksaan SPM dan saya ingin cepat sampai ke sekolah untuk memberi semangat kepada calon SPM sekolah saya. Kebetulan hari sebelumnya saya membawa balik dokumen2 seperti borang untuk pelajar yang "PELUPA" membawa kad pengenalan dan slip peperiksaan. Buku bertugas guru juga saya bawa balik dengan harapan pagi2 lagi saya akan berada di dewan terbuka bersama guru bahasa inggeris. malang tak berbau dan saya menjadi serik tak akan membawa balik benda2 penting itu ke rumah lagi... selepas ini adalah menjadi tanggungjawab guru bertugas untuk mengambil dan menyimpan barang2 penting itu di pejabat sekolah selepas peperiksaan tamat.

Berbalik kepada si hitam, apabila membuka pintunya saya terus memulas kunci untuk memulakan injin.. alamak saya terkejut dan panik seketika. Si Hitam seolah2 tidak mahu bangun dari tidur.. beberapa kali saya mengejutkannya namun hitam tetap tak mahu membuka mata.. Saya terus menelefon suami yang sudah pun bertolak ke Ladang ayamnya. Kesian pula dia terpksa berpatah balik untuk melihat keadaan hitam..

Setelah suami sampai di rumah dia mencuba untuk membangunkan hitam namun sama saja.. hitam DEMAM dan tak mahu bangun... rasa macam nak menangis je.. suami saya meneka hitam "kehabisan bateri". Saya mencari idea dan akhirnya menelefon pembantu makmal yg bertugas di dewan peperiksaan untuk mengambil barang yg ada pada saya . Saya juga menumpang beliau ke sekolah... mujur lah masih sempat untuk mengumpulkan pelajar dan ketua pelajar sempat memimpin bacaan doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan...

Kemudian saya ada mesyuarat Majlis Tadbir sehingga lah pukul 2.30 petang. Selepas mesyuarat saya menelefon suami bertanyakan khbar Hitam. Benar jangkaan suami, bateri hitam di cas semula dan HItam dan kebah dari demam...

Monday, November 22, 2010 | By: WR

IMPIAN TERLAKSANA....

Akhirnya kami dapat juga bilik untuk dijadikan bengkel sains pertanian. LOkasinya ialah kelas 4LN 2010. Sejak semalam saya bersama beberapa pelajar 4TV yang begitu setia dan komited telah membersihkan bilik itu dan memunggah barang2 sains pertanian ke bengkel ini. Pintu dan tingkap telah dipasang jeriji. Nik Ismail, Fariz, Zharif, Akmal Hakim dan Azamri bekerja keras untuk merealisasikan impian kami... Kelak kami akan menjalankan eksperimen dan amali pertanian di bilik ini.. tidak lagi seperti dulu terpaksa menumpang di makmal sains, bilik ERT atau makmal katering. Inilah lebih kurang rupa makmal kami...
Papan Tanda Di Depan Pintu Masuk ini ialah hasil tangan Fariz dan Nik Ismail.....




Ini pula sudut untuk menyimpan fail kerja kursus....

Di bawah ini pula Mail dan Zharif sedang menguruskan papan panel untuk menggantung sudip tangan dan serampang tangan.



Setelah penat bekerja ...... masing2 ber"posing" la pulak.... dan dibawah ini ialah anak sedara Fariz yang ikut serta ...









TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA ANAKNDA FARIZ, ISMAIL DAN ZHARIF..... tanpa kalian bengkel ini tidak akan berjaya disiapkan.. Selama 3 hari berturut-turut kalian meluangkan masa bersama cikgu untuk merealisasikan impian kita....

SYABAS ANAK MURIDKU.....

Sunday, November 14, 2010 | By: WR

GOUT , DOKTOR GILA_GILA dan SHOPPING.

Hari ini saya ada temujanji di klinik O&G . Saya membawa bersama keputusan ujian darah yang dibuat di hospital Besut tempoh hari. Saya memang tahu byk ujian darah itu menunjukkan keputusan yang tidak berapa baik untuk kesihatan saya terutamanya uric acid yang agak tinggi.
Walaupun hari ini di sekolah ada mesyuarat guru, saya memintapelepasan daripada pengetua untuk tidak hadir mesyuarat itu kerana temujanji saya pada pukul 2.00 petang. Jadi mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 12.00 tengahari itu tidak sempat saya hadiri.
Oleh kerana kesihatan suami saya yang belum memuaskan saya terpaksa memandu sendiri ke KOta Bharu ( Hospital Universiti Kubang Kerian ) Anak bongsu saya turut menemani. Sesampai di HUSM kami bertiga terlbih dahulu mencari SURAU yang telah berubah tempatnya. HUSM sudah banyak berubah sejak 6 bulan yang lalu. Terkial2 saya mencari parking akhirnya dapat juga.Hari ini saya bernasibbaik kerana saya sampai awal tepat pada pukul 2 petang dan suami menolong saya mendaftar kerana saya ke surau untuk menunaikan solat zohor.
Selesai solat zohor saya terus ke klinik dan suami saya memberikan nombor pendaftaran. Rupanya saya patient pertama yang dpanggil ke bilik doktor. Di situ saya dilayan oleh seorang doktor perempuan yang baik. Dia mengesahkan saya ada GOUT. Saya dah agak dah.. setelah menasihati saya tentang beberapa perkara terutama pemakanan, tiba2 seorang doktor lelaki masuk dan saya agak sedikit terganggu melihat gelagat doktor lelaki yang agak GILA-GILA. Doktor perempuan bertanya kepadanya apa ubat yang sesuai untuk saya tetapi jawapannya amat menghampakan saya.. " Dont ask me.. i dont know!" Kemudian dia membebel entah apa2... bersama seorang doktor pelatih. Meluat saya melihatnya. Kalau dulu saya rasa profesion doktor amat saya hormati kerana ilmunya yang amat luas tentang penyakit dan doktor sepatutnya serius bila bersama pesakit. Tetapi doktor ini sedikit GILA-GILA .. payah saya nak hormati dia.
Akhrnya saya diberi borang untuk sekali lagi membuat ujian darah untuk dikaji pada 6 bulan akan datang. Sekiranya uric acid dan kolestrol masih tinggi mungkin saya akan diberi ubat untuk kolestrol pula......
nampak gaya udang dan ketam kegemaran saya terpaksa saya lupakan ...

Oleh kerana saya siap awal , anak mengajak saya membeli belah di KB MALL. Alamak jalan sesak pula. Akhirnya sampai ke sana dalam pukul 5petang. Setelah siap solat asar di KBMALL kami bertolak pulang dalam pukul 6.30 petang. Agak menghairankan jalan di KB masih sesak waktu itu. Akibatnya kami terpaksa berhenti untuk menunaikan solat maghrib di mesjid MELOR. Semasa memandu kaki saya mula sakit... tapi saya menyembunyikannya dari pengetahuan suami takut pula dia risau saya memandu waktu malam dalam keadaan sakit. Saya memang tidak suka memandu waktu malam tambah2 penglihatan saya agak tidak baik sekarang. Akhirnya dalam kesakitan kaki itu sampai juga dirumah dalam pukul 8.30 malam.. kepenatan tapi tak dapat nak tidur awal memikirnya penyakit yang dihidapi...

Saturday, November 6, 2010 | By: WR

KAWAN SEKOLAH DULU..

Hari ini dalam inbox facebook saya ada satu mesej dari seseorang. Dia bertanyakan samada saya pernah belajar di TIJB. Saya ingat2 lupa..... Katanya satu kelas sejak tingkatan 4. Semua nama2 kawan baik saya di tulis satu persatu.. lama2 ingatan saya kian jelas dan saya amat gembira berjumpa rakan sekelas.... Beliau ialah Rahmah Abdullah... setelah hampir 30 tahun.... dan darinya juga saya ditemukan dengan seorang lagi kawan yg memang saya ingat kerana pernah bertemu semasa kursus di JB dulu. Nor Asikin yahya...

Rakan2 dari satu negeri iaitu Normah salleh, Tuan ROhana dulu2 memang berhubung tapi kini terputus pula.. kalau jumpa mesti riuh... Masih teringat suka duka tinggal di asrama. Dulu selalu kami pelajar dari Kelantan di persalahkan bila keputusan BM merosot. Kata seorang pelajar dari Johor ini kerana kami rakyat Kelantan suka bercakap dalam dialek Kelantan. Tapi dakwaan itu tidak tepat bila saya selalu mendapat markah tertinggi dalam BM. Cikgu BM saya En. Khamsani selalu puji BM saya bagus... sehingga ditulis dalam sijil berhenti sekolah saya yang saya berbakat dalam penulisan sastera kreatif.. Ini kerana saya selalu menulis karangan berbentuk cerpen. Salah satu cerpen yg saya tulis dimasukkan dalam majalah sekolah... Pernah beliau bertanya samada cerpen itu saya tulis sendiri atau saya tiru dari mana2... mungkin beliau tidak percaya yg saya memang berbakat menulis cerpen.. hahahhaa ... tak apa lah saya ANGKAT BAKUL pun... memang dulu saya suka sgt membaca novel. Sejak dis ekolah rendah kerana sepupu saya seorang perpustakawan dan membawa balik byk buku2 dan novel..

Friday, October 29, 2010 | By: WR

AKADEMI SAINS PERTANIAN PERINGKAT NEGERI 2010

Pada 24 - 26 Oktober yang lepas, seramai 100 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran sains pertanian SPM menghadiri satu kem bertujuan melonjak keputusan SPM dalam mata pelajaran ini pada tahun 2010.Tidak ketinggalan sekolah saya menghantar 4 orang wakil yang disasarkan berpotensi mendapat A. Mereka ialah Amir Amirul, Aiman Irfan, Hasbullah dan Hafizan. Seperti selalu pelajar saya hanya dari kaum ADAM yang biasanya pencapaian mereka lebih rendah dari pelajar perempuan. Namun itulah "modal" terbaik saya pada tahun ini. Yang menyejukkan saya ialah walaupun prestasi mereka tidak sehebat pelajar tahuhn lepas, tetapi kekuatan mereka ialah akhlak dan sahsiah yang tidak pernah tercalar .. jadi hubungan GURU-MURID sangat la baik dan P&P selalunya berjalan lancar. Mereka menghormati saya dan saya juga melayan mereka dengan "hati budi"
Lokasi kem kali ini ialah Taman Pertanian Sekayu. Keadaan kem kali ini amatlah JAUH berbeza dengan kem yang dijalani sebelum ini. Dari segi dewan dan tempat berbengkel amatlah tidak kondusif. Ini adalah dewan utama tempat kami mendaftar kehadiran dan juga tempat taklimat, tempat ceramah dan dibelakngnya dijadikan "surau". Di situlah kami solat berjemaah dan di situ juga "dewan makan". Tetapi kesungguhan Fasilitator , urusetia dan pelajar amat menakjubkan. halangan itu terasa amat kecil dan kem berjalan lancar...


Selepas mendaftar dan dibuat pembahagiankumpulan mengikut kumpulan keupayaan, sessi seterusnya bermula. Oleh kerana kem dijalankan semasa hari sekolah pelajar diwajibkan memakai pakaian sekolah di sebelah siang.



Ceramah dan bengkel dijalankan secara "TERBUKA" tiada dinding.... ini pula suasana sebelah petang. Pelajar dibenarkan memakai pakaian biasa..

Sessi pembentangan hasil kerja pelajar....


Yang paling berbeza kemkali ini ialah dari segi penyediaan makanan peserta kem. Kalau sebelumnya makanan ditempah tapi kali ini disediakan oleh guru-guru sendiri.... maklumlah jabatan tak cukup belanja..... Kesian cikgu cikgi penat seharian menyediakan makanan 4x sehari..... tapi sempat lagi senyum


selepas mengambil makanan pelajar bersila di lantai menjamu selera... dan membasuh sndiri pinggan mereka...

Hari ke 3 iaitu 26 Oktober.. maka berakhirlah kem selama 3 hari itu.... masing2 tak sabar nak pulang...sempat pula bergambar setelah segala "isi-isi" penting diisi dalam dada....





Pelajar saya sempat pula bergambar bersama Guru Cemerlang Sains Pertanian En Husni dan Bekas Guru cemerlang yang sekarang bergelar pengetua En. Syukur

Saturday, October 23, 2010 | By: WR

PROJEK FERTIGASI SMK PELAGAT 2

Anak benih dah bercambah, malangnya saya tak ada masa tu kerana ke Kuala Terengganu.. anakbenih agak kurang baik kerana terlalu "panjang" sebab lama sangat diletak dalam bilik .


Akhirnya kami mula menyemai ke dalam polibag pada 20 oktober

Syabas kepada anak2 muridku yang begitu gigih dan bersemangat... moga2 janganla hangat2 tahi ayam pulak..


Mail dan Fariz menjadi penggerak dan pada mereka la saya letakkan tanggungjawab menjaga tanaman
Meracun.... Mail menyembur racun kulat
Monday, October 18, 2010 | By: WR

Ujian Darah

Hari ni pergi buat ujian darah di Hospital Besut. Bulan depan nak kena bawak resultnya ke HUSM. Alamak, banyak result yang melebihi paras yang sepatutnya..

Uric Acid 429.0 - julat sepatutnya : 142 - 416 sahaja...
kolestrol 7.30 - julat sepatutnya : 3.6 - 5.7
gula dalam darah 6.9 - julat sepatutnya : 3.0 - 6.0

lever function test :
total protein 92.0 - ref ranges : 66 - 87
Globulin 49.0 - ref ranges : 28 - 43
Alanine Amino Transferase 122.0 - ref ranges : 0- 37

Kenapa semuanya melebihi paras yg sepatutnya..... Risau sungguh dibuatnya.

9 daripada 20 test yg dijalankan ditanda sebagai H
Tuesday, October 12, 2010 | By: WR

PROJEK FERTIGASI SMK PELAGAT

Hari ini siaplah Projek Fertigasi sekolah. Penat betul bersama2 pelajar 4TV dari pagi sampailah pukul 6 petang..... kami akan menaman TIMUN JEPUN dan TIMUN BIASA.


Rajin betul anak2 muridku membantu....






Sunday, October 10, 2010 | By: WR

CERAMAH MOTIVASI MENJELANG SPM & JASA BONDA

Berbeza sungguh ceramah kali ini.... ini gambar pelajar yang selalu duduk di barisan "belakang" yang biasanya suka membuat bising dan tidak fokus kepada penceramah. Tapi kali ini merek khusyuk sekali dan menurut apa yg disuruh oleh penceramah. Sambil memjamkan mata dan meletakkann tangan di dada.. mereka diminta memohon ampun dan maaf kepada "bonda" dan "ayahnda" meluahkan apa yg tersirat dan berterima kasih di atas kelahiran mereka ke bumi ALlah ini..

Saya perhatikan ramai juga yg menitiskan air mata . Dan mereka juga diminta menulis sebuah warkah untuk bonda.. selepas itu 2 orang pelajar diminta membaca apa yg mereka tuliskan..

Sungguh meresap ke dalam hati ceramah oleh Kaunselor En. Ghazali Salleh dari SMK LONG Ghaffar.. Hayatilah anak2 didik ku..

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda
Saturday, October 9, 2010 | By: WR

BILA PELAJAR PEREMPUAN MELARAM..

Guru mengorbankan masa untuk membuat kelas tambahan di sekolah. Walau pun pd hari sabtu. Kalau takda kelas boleh juga la bawa keluarga keluar rehat di mana2. Boleh eratkan hubungan kekeluargaan. Tapi dek kerana memikirkan SPM dah hampir sangat2, buat la juga kelas untuk membantu anak didik yang hanya suka "disuap". Kalau tak disuap, hari sabtu mereka tidor memanjang. Pernah ada yg mengaku bangun pada hari jumaat pukul 12 thari.semata2 sebab mak kejut untuk solat jumaat...Itu pelajar lelaki la. Lain pula dengan pelajar perempuan, mereka ni rajin datang kelas. Masalahnya kalau tak diberitahu pakai uniform sekolah, mereka akan MELARAM dengan pelbagai fesyen.. nasib baik saya mengajar pelajar lelaki 100%. Takde la fenomena ni menggangu saya. Kelas2 lain saya tengok guru2 menggeleng kepala.. pakaian mereka mengalahkan artis... dengan tudung Ariani dan baju kebaya ketat... macam nak pergi kenduri la pulak... Nak berjalan pun susah. nak tergelak pun ada. Selipar tumit tinggi nasib baik tak bawa hand bag. Dia orang bawa fail. Memang kalah la cikgu-cikgu..

Jamuan Raya dengan memakai BAJU RAYA untuk pelajar sekolah menengah agak tak sesuai. Baru-baru ini sekolah membenarkan pelajar perempuan memakai baju raya untuk majlis sambutan hari raya peringkat sekolah. Maka, pelbagai ragam pakaian dipakai. Kalau budak2 tahun 1 dan 2, cute pula pakai baju raya tapi yang dah sekolah menengah ni,Jamuan Raya bertukar menjadi Jamuan kenduri Kawin..
Friday, October 1, 2010 | By: WR

MINTA DERMA? SEDEKAH? UPAH?

Hari jumaat paling saya tunggu2. Minggu ni anak2 yg tgl diasrama pulang. Lagi la seronok saya masuk ke dapur awal. Pukul 11.30 dah masuk dapur sediakan lauk pauk. Tengah seronok memasak ( Bagi org perempuan memasak tu seronok la sgt, tmbah2 kalau lepas makan tgk pinggan licin ), dalam pukul 12.30 loceng rumah berbunyi. Anak lelaki saya keluar melihat siapa yg datang. Kemudian dia beritahu saya;
" Ada orang mintak derma mak"
Selalunya kalau minta derma ni untuk siapkan mesjid atau anak2 kecil( pendatang - selalunya Bangla ) yg bawa surat yaasin sebagai hadiah untuk derma yg diberikan. Saya masuk ke bilik mengmbil wang dan keluar ke ruang tamu yang berjeriji. Sambil tu memesan anak perempuan supaya tengokkan masakan atas dapur, bmbag pulak takut hangit ketika melayan orang yg menekan loceng tadi.

Bila keluar saya tengok orangnya tak macam minta derma. Ada 2 perempuan dewasa. Salah sorangnya mendukung anak kecil yang menghisap air teh dalam botol susu. Oleh kerana tengahari mereka berpayung. Yang mendukung anak tu masih muda. Sorang lagi sama baya dengan saya kot..

" kak, saya nk minta sedekah, saya dtg dr jauh kampung "X", kesian anak saya kepanasan. ayah dia kerja jadi sy bawa anak sekali. takde tmpat nk tinggalkan anak. Tolong la bagi zakat ke derma ke sedekah ke..." yang agak muda memulakan perbualan. Saya berfikir sejenak, apa saya nak tanya kat mereka ni. Tubuh badan masih gagah, takda cacat kaki atau tangan. Semua anggota cukup lengkap. Kemdian saya bertanya.

" Adik ni kerja ke tak? nampak badan sehat ni.... +" saya cuba memancing. Kdian dia menjawab.
" saya tolong orang basuh kain, sapu rumah sekali sekala"

saya pun dapat idea.
" kalau macam tu tolongla saya bersihkan longkang rumah saya dulu"
Dia kelihatan serba salah. senyumn2, lantas menjawab
"bukan saya tak mau buat kak... anak saya ni payah la nk letak" Anaknya bukan kecik sangat. saya rasa dalam 3 tahun dan boleh berjalan. Dalam saya berfikir2 tiba2 yg lebih tua tu menyampuk" Anak dia penat tu, jauh berjalan sebab tu dia dokong. Tak boleh nak letak nti anak dia nangis"

Yelah tu... saya bukan apa.. memang saya nak bagi sedikit sedekah cuma saya tak mahu dia mendapatnya dengan cara yg terlalu mudah. Takut nanti jadi TABIAT pula orang2 kita mendapat wang cara mudah... takmo berusaha..

" akak ni kerja apa kat kg?" Saya bertanya yang lebih tua sikit tu. Dengan cepat dia menjawab

" saya baru kuar wad! jalan pun tak larat lagi.mcm mn nk kerja"
Kasar je bunyinya. Dalam hati saya kalau dah tak sehat berehat la dirumah... jgn kuar jauh2. Kg X tu agak2 dalam 40km dr jerteh. Akhirnya saya beri saja wang dan bergegas ke dapur semula....
Sunday, September 26, 2010 | By: WR

LEGA RASANYA......

Pada 25 sept sabtu yang lepas ( semalam ), hari yang kelam kabut.
Sebelah paginya saya mengambil peperiksaan PTK. Saya cuba "relax" kononnya. Selepas menyiapkan sarapan, saya menonton TV9 ( Program Tanyalah Ustaz ) Ketika program hampir tamat dalam pukul 7.45 tetiba saya teringat tentang PTK yg akan bermula pukul 9.00 tetapi arahan dalam slip peperiksaan menyatakan mesti hadir 30 minit sebelum pukul 9.00. Pusat peperiksaan ialah IPG Sultan Mizan kira-kira 30 minit dari rumah saya. Saya pula ingat-ingat lupa lokasinya. Rasanya saya pernah ke sana sekali dulu tapi tak berapa pasti sangat. Saya bergegas mandi dan bersiap.Dalam pada itu anak meminta dihantar ke pusat tuisyen. Dek kerana dah terlewat saya menyuruh anak menumpang kawannya. Bila hidupkan injin kereta, minyak pula dh kering.. aduh.. panik juga dibuatnya... sampai ke stesen minyak terpaksa pula menunggu giliran.. selepas mengisi minyak saya memecut laju ke IPG Sultan MIzan... memotong beberapa kereta saya jadi sedikit gementar kalau-kalau peperiksaan sudah bermula terus menghubungi rakan guru yg sama2 menduduki peperiksaan itu iaitu Tn Hj MOhd Nor Awang. Rupanya dia dah ada di sana. Lagi la kecut perut. Dalam pada saya memecut laju dan sedikit panik itu saya terlepas pula IPG. Terpaksa undur balik dan masuk je ke perkarangan IPG terus bertanya pengawal keselamatan. Beliau menunjukkan dewan besar tmpt peperiksaan berlangsung. Setelah menulis nama dan menghantar esei tugasan saya mencari meja saya. Semua calon sudah duduk di kerusi dan pengawas peperiksaan sudah memberi taklimat. saya pula tercari2 meja saya.. puas pusing2.. perasaan malu tolak tepi... kawan2 yg mengenali senyum2 saja sambil berkata " tak jumpa tempat duduk ke?" akhirnya pengawas dtg membantu. Dapat je kertas salan tangan terus menulis.... 2 soalan fungsional dalam masa 9.00am hingga 10.20am. 1 jam 20 minnit.40 minit untuk satu soalan. Selesai kertas fungsional, perut saya mula berbunyi... LAPAR... tapi tak tahu mana kantin IPG. Lagi pun kertas Generik dah nak mula pukul 11.20.. Pukul 11 masuk semula dewan..11.20 mula dan habis 12.45pm.. Lega rasanya... Masa di dewan saya dah tak tengok sapa2.. lepas selesai baru lah perasaan, ramai juga calon yang saya kenal termasukla Tuan PPD Besut pun ambik PTK jugak.. selain itu, bekas pen getuasaya dulu PN. HJH. HMIDAH,pengetua SMKA Wataniah, Guru cemerlang Shamsiah, Bekas GKMP Sains Matematik SMK Pelagat En. Nik Kamaruzaman, dan Guru cemerlang Pakri Abidin. Selepas ni malas dah nk ingat pasal PTK lagi...

Sebelah petangnya, anak2 yang tinggal di asrama menelefon.. terpakswa la pula menjenguk mereka di asrama SMKA Nurul Ittifak. Nak dijadikan cerita terlupa pula bawa barang2 yg dipesan oleh anak lelaki.. balik semula ke rumah dan pergi lagi ke sana.. Balik dah pukul 7.00pm.. PENATNYA... Lepas solat maghrib dan isya.. saya tertidur... KEPENATAN... esok nak ke sekolah..
Monday, September 20, 2010 | By: WR

PTK, KELAS ANJAL, KEM PECUTAN AKHIR...

Rasa susah nak bernafas.... tercungap-cungap macam "anak ayam" keletihan. Lepas raya ni terlalu banyak aktiviti samada di sekolah, rumah dan di kampung.

Ingatkan lepas raya ni nak BERTAPA buat soalan esei PTK, nampak gaya kena keluar dari gua pertapaan dan bereskan beberapa perkara lain yang tidak kurang pentingnya.

PTK hanya beberapa hari saja lagi. SABTU depan. Esei belum di cetak. masih ada yang "berlubang" sana-sini. Sudah 2 malam tidur lewat menaip esei...

Kelas anjal SPM pula akan diadakan minggu depan, sibuk la pula kena buat jadual anjal. BUkan senang nak susun jadual sesuai dengan masa guru. Maklum sajalah guru SPM juga mengajar kelas2 lain. Mujurla ada "GU" yang boleh bekerja sama. Terima kasih Puan Noridah penyelaras SPM yang "ngam" dengan saya. BOleh bekerjasama dan tidak lokek tenaga dan idea..

Kem pecutan akhir? aduh bahan-bahan sudah tersedia ada. Cuma orang yang nak cetak banyak2 tu payah nak cari... kemana menghilang sidia yang bertugas di bilik "riso"???

Ini belum kira lagi hal keluarga sendiri.. semput dibuatnya. Namun segalanya dijalankan dengan seikhlas mungkin.. semoga mendapat pahala dariNya...
Tuesday, September 7, 2010 | By: WR

BANDAR JERTEH

Setiap kali hari cuti perayaan, bandar Jerteh jadi terlalu "kecil". Macam sardin dlm tin! Saya hanya keluar ke bandar Jerteh kalau TERLALU TERDESAK sahaja. Kalau saja2 nak keluar memang saya tak akan buat. 2 hari lepas saya ke bank . Saya bertolak pukul 10am dari rumah. Bandar Jerteh hanya 10 minit dari rumah saya. Masuk je bandar, dereten kereta yang di letak di kanan kiri jalan dan juga kereta dijalan raya membuatkan saya kecut perut. Bukan saya tak biasa memandu. Saya sudah memandu selama 26 tahun. Tetapi kesesakan yang teramat sgt itu membuatkan saya berfikir dua kali. Berpusing2 3x masih tak dapat mencari "parking lot" Akhirnya saya senyum sendiri dan pulang ke rumah semula.. Esoknya saya keluar pukul 8.30 pagi. Itu pun tak ada petak kosong!! Akhirnya saya terjumpa satu petak di depan PEJABAT POS dan saya berjalan kaki ke bank...
Thursday, September 2, 2010 | By: WR

ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN

Semasa mula2 kawin dulu, ramai kawan bertanya " awak nak anak lelaki ke anak perempuan? " Ramai juga memberi pendapat anak lelaki ke anak perempuan ke tak kisahlah asalkan mereka sehat. Anak2 penyeri rumahtangga. Tetapi saya tak tahu mengapa cepat saya menjawab " saya nak anak sulong saya anak lelaki " Apakah kebetulan atau perancangan Allah. Saya memang idamkan anak lelaki untuk anak sulong. Dalam hati saya, saya inginkan dia menjadi pelindung adik2nya. Orang Kelantan kata "GAGAH kalau ada anak lelaki" Tetapi ramai juga anak lelaki yang bila berumahtangga "alah" dengan isteri dan tanggungjawab menjaga orang tua terabai.

Sejak akhir2 ini kesihatan suami saya agak kurang memuaskan. Kerap dia tidak sedarkan diri. Saya dapat bergantung harap pada anak lelaki bongsu saya yang membantu saya membawa suami ke hospital. Anak sulong dan yang tengah ( perempuan ) tinggal d asrama. Kalau semua anak ada dirumah saya rasa lega kerana bila suami sakit ada 2 anak lelaki yang boleh mengangkat ayah mereka.

Anak bongsu saya walaupun baru tingkatan 2 tapi dia menjadi "semangat" saya.... anak perempuan pula menjadi kawan baik didapur. Anak lelaki atau perempuan ada keistimewaannya sendiri.Kekuatan masing2.... cuma kita tidak menduga perancangan Allah.. Allah memberikan saya 2 orang anak lelaki.. rupa2nya untuk mengurus ayahnya yang selalu tidak sehat. Apa sangatlah kudrat wanita apabila ditimpa musibah. Mesti mau berpaut di dahan yang kuat. Kekuatan itu ada pada anak lelaki dan anak perempuan itu menjadi teman menenangkan duka..
Friday, August 13, 2010 | By: WR

SAGA, WIRA DAN CIVIC

Hari ini semasa keluar rumah untuk menjemur kain yang telah dibasuh saya terpandang garaj kereta yang kosong. Makluamlah garaj dekat dengan ampaian kain.. Dulu ada 2 buah kereta di situ... sekarang dah tinggal satu saja... Sayu sgt rasanya.. rindu pun ada kat kereta tu

Kereta pertama saya Proton Saga DQ4999.... Saya beli setelah 2 tahun memulakan karier sebagai guru iaitu pada tahun 1986. Saya gunakan untuk berulang alik dari kampung ( Machang ) ke sekolah ( SMK Seri Nering ) Saya sgt sayangkan proton saga ini.... tetapi oleh kerana ia kereta manual dan masalah kesihatan saya semasa itu tidak mengizinkan... saya dengan berat hati menjualnya untuk diganti dengan Proton Wira DAD5019 pada tahun 1996. Ianya automaik dan saya rasa sungguh senang membawanya kemana-mana. Dalam pada itu saya masih teringatkan Saga kerana kereta itu TIDAK pernah meragam sepanjang hayatnya bersama saya. Maklumlah saya hanya menggunakannya utk ke sekolah sahaja.. semasa dijual umor saga ini 10 tahun. Saya belum pun sempat mengganti apa2 alat. semuanya berkeadaan baik2 saja.. begitu juga dengan WIRA. kedua2 kereta saya tidak lasak.

Pada tahun 1996 setelah 10 tahun menggunakan WIRA saya mula berfikir untuk mencari kereta baru... ALASANNYA..??? Saya kerap berulang ke Kuala Terengganu berseorangan ke JPN atau kursus yang melibatkan mata pelajaran Sains pertanian. Ini kerana di Besut hanya SMK Pelagat sahaja yang menawarkan mata pelajaran ini. Oleh kerana panitia mata pelajaran ini agak aktif di peringkat negeri, saya selalu ke KT atas urusan mesyuarat dan kursus atau kem pelajar. Semasa berkursus di SMK Marang kereta saya tiba2 saja tidak dapat dihidupkan. terpaksa di panggil mekanik. Setelah itu "dia" ada 2-3 kali membuat ragam menyebabkan saya merasa bimbang sekiranya travel sorang2 ke KT lebih2 lagi kalau waktu petang dan jalan yang sunyi.

Akhirnya setelah 10 tahun menggunakan WIRA saya membeli kereta yang digunakan sekarang. Honda Civic. Walau bagaiamanapun saya tidak menjual WIRA kerana dia masih ok kecuali ragam yang sekali dua itu. Tetapi kerana sedikit SALAH FAHAM... WIRA akhirnya dijual....... Sesekali saya rasa wira ni penting jugak kalau nak ke kawasan yang agak pendalaman...
Thursday, July 15, 2010 | By: WR

MENUNGGU MAKMAL SAINS PERTANIAN...

Sudah hampir setahun saya mengemukakan kertas kerja tentang keperluan sebuah makmal sains pertanian untuk menjalankan amali pelajar2 saya. namun dek kerana bangunan baru masih belum dapat digunakan, saya terpaksa memahami harapan itu maih belum terlaksana.

Barang2 baru yg dihantar oleh kementerian terpaksa disimpan sementara di Bengkel landskap. teramatla jauh dari kelas dan terpaksa saya simpan sebahagiannya barang tersebut di bilik saya yang kecil itu..

Hari ini pelajar saya menjalankan amali mengawal perosak secara kimia. Alangkah senangnya kalau kami mempunyai sebuah makmal . Senanglah keperluan untuk melakukan amali itu digunakan. pelajar2 sangat teruja menjalankan amali yang berbentuk hands on.

Untuk pelajar tingkatan 5 hanya tinggal satu amali sahaja untuk direkodkan dalam borang pentaksiran individu iaitu komputer dalam pertanian. Walaupun nampak gayanya pentaksir tidak akan datang ke sekolah, namun PBS tetap dilakukan .

Pelajar tingkatan 4 pula setakat ini telah melakukan amali;
keperluan cahaya untuk Fotosintesis, Menentukan tekstur tanah secara mendapan, menetukan pH tanah dan mengawal perosak secara KIMIA.


Fareez dan Afiq mencuba pakaian pelindung dan menyembur racun olok2... pelajar bawah 18 tahun tidak dbenarkan meracun..

Wednesday, June 9, 2010 | By: WR

APA KAH ERTI CUTI SEKOLAH?

Bila cuti sekolah tiba, kebanyakan orang akan merancang cuti mereka dengan keluarga ke tempat2 percutian. Ramai juga berpendapat cuti untuk merehatkan minda dan fizikal dari rutin biasa ( belajar bagi pelajar dan mengajar bg guru)

Sebagai seorang guru, nampaknya sebahagian dari cuti diisi dengan "kelas tambahan" untuk anak2 didik. ( bagi kelas yg terlibat dengan peperiksaan awam - tkn 3 & 5 ). Ini untuk membantu pelajar2 agar mereka tidak leka dengan cuti dan meninggalkan terus buku. bagi pelajar yg komited terhadap pelajaran tidak la membimbangkan kerana samada cuti atau tidak mereka dan buku tidak dapat dipisahkan. Namun bg pelajar yang bersifat " seperti pahat dengan penukul" kalau tak disuruh mengulangkaji pelajaran..... alamatnya buku tidak disentuh.
Sebagai seorang ibu, masa cuti begini memang selalu dimimpikan. Apa tidaknya masa akan ditumpukan sepenuhnya untuk mengurus rumah dan anak2. Dari bangun pagi hingga tidur malam, setiap pergerakan anak dapat diikuti , terasa pula bimbang dihati bila mereka kurang fokus kepada pelajaran dan sedikit leka dengan "televishen", henfon dan kawan2.. Selalunya masa persekolahan mereka memang tidak menonton televishen terutama waktu malam. Memang telah diasuh begitu, namun pada musim cuti begini.. apabila mereka meminta untuk menonton tv tak sampai hati pula menyekat. tapi kdg2.. mereka asyik sgt hingga pukul 12 malam menonton cerita.
Sebagai seorang isteri? cuti atau tidak tetap bimbang dengan kesihatan suami yang tidak menentu. "Epilepsi" yang menyerang tak tentu masa membuatkan hati terus gundah.. saya ingin rehat seketika dari memikirkan jadual waktu mengajar, mesyuarat, latihan kepada pelajar, amali keerja kursus dan apa saja aktiviti sekolah... terkadang terfikir pula.... seronoknya bersara...
Sunday, May 16, 2010 | By: WR

TERIMA KASIH...

Telefon saya dipenuhi sms ucapan Selamat hari Guru sejak tengah malam tadi lagi... Terharu sekali ramai bekas pelajar SMK pelagat yang masih mengingati saya. malah ada pelajar yang rasanya tidak pernah mengajar menghtr sms.. entah dari mana mereka dapat no telefon saya..

Terima kasih anak2 muridku semoga kalian berjaya dalam bidang yang diceburi... Untuk Emi Shauki walaupun kamu tidak dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi usaha lah menjadi "pekerja" yang berdisiplin .... kenangan mengajar kamu akan cikgu ingat sepanjang hayat ini.

Untuk yang berjaya ke peringkat yang lebih tinggi syabas dan tahniah.... cikgu doakan kamu terus berjaya
Saturday, May 15, 2010 | By: WR

HAJAH ZALEHA

sungguh tak disangka2... sedang bersiap2untuk menghantar anak ke asrama sekolahnya, tetiba kedengaran loceng ditekan... Kerana sedang sibuk mengemas saya menyuruh anak saja melihat siapa yg datang.. Anak sulong datang sambil berkata " Kawan Mak'. Saya terus mengenakan tudung dan ke pintu depan... saya tidak cam langsung siapa yg datang.. dalam hati tertanya2 mungkin kawan sekolah lama atau... Walau bagaimana pun saya tetap menjemput tetamu suami isteri nai ke rumah... dek kerana saya seolah2 terpinga2 tidak mengenalinya, dia mengeluarkan sekeping gambar untuk ditunjukkan kepada saya.... tiba2 saya teringat sesuatu mengenainya. Saya terus menjerit
"Kak Ha!!!!! " Saya memeluknya dan memohon maaf kerana tidak mengenalinya... Dia ialah sahabat yang saya kenali semasa menunaikan haji pada tahun 2002. Kami tinggal sebilik semasa musin haji tersebut dan menjadi sahabat baik....
sungguh saya tidak menyangka.... akan bertemu dia lagi.....
Friday, May 14, 2010 | By: WR

LAWATAN BERMAKLUMAT KE KETARA DAN GM PELADANG



Zarith bergambar depan tanaman timun jepun
Sistem Hidroponik NFT - salad




Bergambar di Masjid Kristal Taman Tamaddun Islam..
Bergambar di hadapan pejabat KETARA
Bajak piring.. pelajar berpeluang melihat sendiri rupa sebenar bajak piring.. sebelum ni hanya melihat melalui rajah dalam buku teks.. dan ppt slide show
mesin penyembur baja


mendengar taklimat di KETARA







Monday, May 10, 2010 | By: WR

PENANTIAN BERAKHIR

Pengalaman pertama anak saya naik keretapi ke Kuala Lipis - rumah anak saudara.
Setelah sekian lama menunggu.. akhirnya saya dapat jugaDG48. Walaupun rugi satu tahun tidak mengapa. kalau dulu saya sudah "merajuk". Apa tidaknya guru yang lebih junior dari saya dah lama dapat tapi saya masih di gaji mati DG44 . Sepatutnya kawan2 seangkatan sudah mendapatnya pada tahun 2007.
Nama saya tercicir dari kenaikan pangkat ke DG 44 pada tahub 2004 yang lepas. Tidak tahu apa silapnya. Sekolah telah menghantar nama saya bersama 4 orang guru lain yang layak pada masa itu. Namun bila keputusan di terima nama saya tercicir.
Setelah berusaha pelbagai cara termasuk meminta campur tangan KPPK, akhirnya pada tahun 2007 saya ke Putrajaya dan pada tahun itu juga surat kenaikan pangkat saya ke DG 44 dikeluarkan dengan tarikh di kebelakangkan pada 1.1.2004 sama seperti rakan2 seangkatan saya.
Ekoran keciciran dan kelewatan menerima surat DG 44, saya telah terlewat pula mengikuti kursus PTK. Walaubagaimanapun saya menerima surat menyatakan saya bakal menerima DG 48 pada tahun 2007.
Namun sekali lagi saya merasa hampa apabila tercicir sekali lagi. Tatkala rakan2 menerima DG 48, nama saya tercicir lagi…… Saya beberapa kali menghubungi JPN Terengganu dan meng”emel” S/U KPPK. Menghubungi sumber manusia pada masa itu seperti menghubungi “HANTU” kerana tak pernah berjawab atau talian “busy”.
Bosan dengan situasi itu , saya amat kecewa dan seakan putus asa. Terasa rimas dan menyampah untuk menghubungi mana2 pihak lagi. Tambah2 bila tahun berganti tahun rakan2 yang jauh lebih junior telah menikmati gaji DG 48. Sedangkan saya dengan gaji MATI DG 44….

Teriima kasih untuk semua rakan2 yg memberikan galakan untuk berjuang mendapatkannya. Akhirnya pada 9 Mei yang lepas surat kenaikan ke DG48 berada dalam tangan ...


Terima kasih anaknda Ab Aziz yang sanggup meluangkan masa menghantar bondake Putrajaya.. sebelum tu seronok juga naik keretapi ke Kuala Lipis bersama anak bongsu saya yang menemankan saya. Suami ada sedikit masalah kesihatan dan tak dapat menghantar. Dalam perjalanan tetap bimbang kerana anak sulong saya menelefon yang ayahnya "pengsan" lagi. Saya tidak putus2 mendoakan agar dia kembali sehat..

Tuesday, May 4, 2010 | By: WR

HARGA SEBATANG GIGI GERAHAM "BONGSU"

Sejak dua hari yg lepas.. gigi geraham saya meragam.. sakit dan berdenyut2. Tampalan yg dibuat 2 tahun lepas tertanggal.. Telah beberapa cara dicuba untuk menngurangkan rasa sakit sementara menunggu cuti sekolah untuk dicabut namun tetap tak berkesan...
Cara pertama ialah mengunyah daun pokok "ajaib" kesakitan berhenti seketika tetapi datang balik.... setelah 2 hari menggunakan daun pokok ajaib.. saya mencuba pula sejenis krim .. juga tak berhasil... Hari ini kesakitan tidak tertahan.. nak makan pun sakit... Mujur juga saya membawa "postan" setelah menelan sebji saya rasa "lega" seketika dan meneruskan P&P kelas 5EP...

Jam 1.30pm kesakitan berulang semula.... mahu saja menangis..... akhirnya saya menelefon suami dan pulang dari sekolah suami membawa saya ke klinik gigi.. Akhirnya gigi geraham bongsu dicabut jua.... walaupun sakit tetapi doktor masih boleh mencabut kerana belum membengkak...

Harganya? RM80.00... buat masa ini rasa kebas belum hilang... malam nanti tak tahu la selepas ubat tahan sakit hilang..
Wednesday, April 7, 2010 | By: WR

SEMAI BENIH-BENIH SYURGA


Antara isi menarik dalam buku ini..

11 golongan yang celaka.
Musa bin Jabal pernah bertanya kepada Rasulullah tentang firman Allah dalam surah an-Naba` ayat 18 yang bermaksud:

“ iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok”

Rasulullah menjawab:
“Ya Musa, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka ádalah seperti berikut” :

1.)Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan kerana mereka SUKA MENYAKITI HATI JIRAN TETANGGA.

2.)Mereka yang menyerupai babi. Ini ádalah balasan bagi orang yang SUKA MELENGAH-LENGAHKAN SOLAT 5 WAKTU.

3.)Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.Inilah balasan bagi MEREKA YANG ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT.

4.)Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan MEREKA YANG BERDUSTA.

5.)Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan MEREKA YANG MENGAUT KEUNTUNGAN DALAM JUAL BELI ATAS PENIPUAN.

6.)Mereka yang dicincang2 pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan MEREKA YANG MENYAKSIKAN MAKSIAT ATAU PERBUATAN JAHAT.

7.)Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan MEREKA YANG TIDAK MAHU MENYAKSIKAN KEBENARAN.

8.)Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kakinya di atas. Ini adalah balasan MEREKA YANG BERZINA SERTA MATI SEBELUM BERTAUBAT.

9.)Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan MEREKA YANG MEMAKAN HATRA ANAK YATIM SECARA ZALIM.

10.)Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikkan. Ini adalah balasan MEREKA YANG BERANI MELAWAN KEDUA2 IBU BAPANYA.

11.)Mereka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibir terjuntai hingga ke perut, dari perut dan pahanya keluar kotoran. Ini adalah balasan MEREKA YANG MINUM MINUMAN KERAS.
Monday, April 5, 2010 | By: WR

MAJLIS PELANCARAN "COUNT DOWN" SPM DAN PMR 2010

Pagi tadi telah berlangsung Majlis tersebut di atas. Pengetua berucap memberi sedikit motivasi kepada calon2 PMR & SPM dan seterusnya melancarkan majlis tersebut.

Setelah 3 bulan belajar pelajar PMR dan SPM disedarkan bahawa mereka telah masuk "ZON PEPERIKSAAN" Mereka tidak boleh lagi leka malah perlu sanggup berkorban.... Sudah sampai masanya mereka lebih serius dengan pelajaran dan korbankan "masa" untuk bersukaria dan bermain-main.. Berkorban la dari melekat di depan kaca TV dan berkorbanlah dari Facebook!! Rupanya ramai juga pelajar SPM yang leka dengan facebook... Lepas SPM bolehla mengadap komputer untuk fb tetapi sekarang masanya kamu mengadap BUKU...
Pelajar tingkatan liima berkumpul di dataran perhimpunan untuk mendengar amanat pengetua

PMR 184 hari lagi dan SPM 232 hari lagi....
Tuesday, March 30, 2010 | By: WR

HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH SERTA MESYUARAT AGONG PIBG KE 18

Petang tadi telah pun berlangsung Hari Ucapan dan penyampaian hadiah serta mesyuarat agong PIBG ke 18 SMK Pelagat. Walaupun waktu sebenar berubah dari pagi ke petang, tetapi sambutan ibubapa amat menggalakkan. Dewan terbuka penuh dengan hadirin dan terpaksa pula menambah kerusi di kali lima bangunan dewan. Syabas ibubapa.....Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua.... antara lain memaklumkan kepada hadirin kejayaan sekolah dalam PMR dan SPM 2009.....
Seterusnya ucapan penuh bersemangat daripada YDP PIBG.... yang inginkan kejyaaan sekolah di "war-war" kan ....


Majlis diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid sekolah yang menyampaikan 2 buah lagu nasihat.....



Ucapan perasmian daripada PPD Besut - Tn Hj Baharudin Ibrahim.... ingin supaya sesiapa sahaja yang terlibat dengan sekolah supaya jangan pandai bercakap sahaja tetapi mestilah sama-sama berusaha untuk kejayaan sekolah....




Kemuncaknya ialah penyampaian hadiah kecemerlangan kepada pelajar terbaik tingkatan 1,2 dan 4 2009. Anaknda Mohd. Tajudin turut menerima hadiah.... Tidak lupa pelajar terbaik PMR dan SPM 2009

Cenderamata untuk PPD disampaikan oleh YDP



cebderamata untuk YDP disampaikan oleh Tuan pengetua...


Selepas mesyuarat agong PIBG, ada 10 cabutan nombor bertuah..........
Related Posts with Thumbnails