Thursday, November 6, 2008 | By: WR

BOUGAINVILLEA

Minat saya pada bunga ( terutama bunga kertas dan orkid) memang dah lama iaitu sejak belajar di UPM. Bila bina rumah sendiri pada tahun 1996, sibukla menyuruh suami mencari bunga kertas untuk buat bonsai. Hasilnya adalah 6 pasu bu8nga kertas ditanam .



Tetapi sayang.... sejak kebelakangan ini, bunga yang ditanam tidak terjaga. Balik sekolah jam 3 petang, saya keletihan. Selepas memasak waktu petang, dah tak larat nak keluar rumah untuk membelek bunga-bunga. Taman kecil di depan rumah memang tidak berseri lagi. rumput-rumput memenuhi pasu. Malu la jugak bila kawan-kawan datang. Cuti sekolah nanti, insyaAllah nak cantikkan semula.

3 Dari Kacamata Orang lain:

Anonymous said...

Saya pun minat bunga kertas tu, adalah dua tiga tunggul bunga kertas.... Macam dah tak terjaga jugak....

CikguSepajo said...

Pokok bunga pun macam anak-anak murid juga, kena sentiasa dipupuk dan dibelai. Kalaulah pokok bunga boleh bercakap ...

WR said...

Betul tu cikgu sepajo, pokok bunga kena selalu dijaga - gemburkan tanahnya, letak baja, merumput baru lah subur. Tapi kawan saya kata kesian pokok tuh diletak dlm pasu akarnya tak bebas menjalar..

Related Posts with Thumbnails