Friday, November 14, 2008 | By: WR

CUTI TERANCANG

Lega rasanya bila cuti.. Bolehlah lupakan buat sementara waktu kesibukan bekerja di sekolah. Namun begitu, sekolah mengambil inisiatif memberikan bahan kerja masa cuti sekolah selaras dengan program cuti terancang. Ianya berhasrat supaya murid tidak melupakan sama sekali pelajaran walaupun mereka bercuti.

Guru mempunyai pandangan berbeza mengenai hal ini. Ada yang secara sinis membuat lawak dengan mengatakan CUTI TERANCANG itu sebagai CUTI TERANCAM. Kalau sekolah tidak membuat program ada pula yang mengatakan sekolah tidak membuat sesuatu untuk mengisi masa cuti murid. Bila berada bersama-sama pihak pengurusan sekolah saya mulai faham kedudukan pentadbir - selalu di"komplen" orang bawahan.

Bagi saya sendiri, saya suka anak-anak saya sesekali dalam masa bercuti melihat buku pelajaran. Apatah lagi yang bongsu akan mula belajar di sekolah menengah tahun depan ( Dia hanya mendapat 4A da;am UPSR yang lepas - BI dapat B ). MOlek juga dia mula menjinakkan diri dengan mata pelajaran sekolah menengah. Bila masuk sekolah menengah nanti tidak lah berlaku KEJUTAN.

Nama pun cuti, memangla kalau tidak dirancang murid akan leka dengan aktiviti-aktiviti masing-masing. Jika tidak dikawal, cuti boleh menyebabkan anak-anak mempelajari perkara baru khususnya dalam pergaulan. Mungkin mereka akan mendapat kawan baru yang PELIK-PELIK. Kawan banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak.

Sama-salamlah kita manfaatkan cuti sekolah dengan merancang percutian yang lebih bermakna....

2 Dari Kacamata Orang lain:

yusofsipan said...

Selamat bercuti cikgu Waruna!

Program cuti terancang saya ialah kelas tiusyen utk murid2 tahun 6 tahun 2009 dan kelas pemulihan bagi murid tahap 2. Program ini dijalankan selama 4 minggu.

mantan said...

Selamat bercuti!

Di kebanyakan sekolah di luar negara, cutinya mengikut musim(panas, sejuk,luruh, bunga), berbeza dengan negara kita.

Kita memberi makna "holiday" sebagai "hari cuti". Tetapi di kebanyakan negara barat, "holiday" itu bermaksud "hari libur". Oleh sebab itu kebanyakan sekolah mereka merancang mengadakan lawatan (sambil belajar) ke tempat-tempat yang boleh menambah pengalaman pelajar. Program libur memang dirancang khusus dan termasuk dalam kurikulum sekolah.

Related Posts with Thumbnails