Cikgu yang mengajar KHB kata:
Keperluan ialah sesuatu yang mesti ada pada manusia untuk hidup. kalau tak ada keperluan manusia tak mungkin dapat meneruskan hidup. manusia perlu makanan, tempat tinggal dan pakaian. bagaimana dengan kereta ? masuk dalam kategori keperluan ke? Kehendak pula merujuk kepada kemahuan yang tidak terbatas. Memiliki kereta mewah seakan menggambarkan imej diri yang berprestej....
Saya baru menerima emel daripada anak saudara tentang kereta honda city 2009. Katanya cantik. Padan untuk wanita.
Bagi setengah orang;
1.menukar kereta seperti menukar baju - tengok yang baru keluar hebat, yang lama dijual. tahun lepas kita jumpa dia dengan vios, alih-alih tahun ini dah pakai honda dan begitu la seterusnya.
2.seorang kawan saya ada 7 buah kereta di garaj rumahnya. Kereta dah jadi macam koleksi peribadi macam koleksi jam tangan, beg tangan, kasut, pakaian dan lain-lain barangan. Bagaimana pula yang (ini) boleh ke dikategorikan sebagai koleksi juga?
3.ada pula yang setia kepada kereta buruknya sehingga puluhan tahun.
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
5 Dari Kacamata Orang lain:
Waruna,
Macam-macam minat manusia. Kereta, sebagai alat pengangkutan memang suatu keperluan. Sebagai koleksi/ perhiasan, kereta menjadi suatu kehendak.
Kehendak manusia berbeza-beza...kekadang didesak oleh keinginan yang meluap..
Kehendak Pujianto
Chahyo Widianto itu, amat luar bisa, didesak oleh keinginan: yang entah bagaimana...
waruna
kadang kadang saya komen yang bukan bukan...maafkan saya, tetapi dalam entri banjir oh banjir...cikgu s/jo pulak nyakat saya...dia saya muhasabah diri...nampaknya ada kawan nyakat yang baru ni...hahahaha, ni yang seronok ni..jaga kau suparjo..hehehehe, tak pe..aku relaks dulu
mantan guru ku
come logo tu....hehehehehe,
Cikgu-cikgu saya selalu tanya, cikgu suka pandu laju ke? sbab dia org tengok kereta saya cuma ada 2 pintu. Saya jawab kereta ni utk kegunaan saya sorang, jadi kalau ada pintu belakang pun tak guna. Ini kira keperluanlah. Yg penting kereta menyenangkan kita, bukan menyusahkan kita.
Ada kawan-kawan pakai merc, tapi bila ke mana-mana pakai kancil! Jimat minyak.
honda city... hyundai accent...my dream car
dari dulu saya meminati honda city tetapi model lama tu tak cantik. yang 2009 ni cukup menawan, tetapi saya baru je beli kereta pada 2006. Tak larat nak ikut perkembangan model kereta yang baru. Kena pikir juga benda lain yang lebih penting.
Post a Comment