1. HELMI :
Hari ini peperiksaan SPM bagi kertas Sains Pertanian berlngsung. itulah mata pelajaran yang saya ajar di sekolah. Malam tadi dalam pukul 12 malam seorang pelajar saya (Helmi)menelefon minta nota tentang soalan "sasaran". Saya terkejut. Biasanya si Helmi nih tak kisah apa pun soalan yang keluar. Tetiba malam tadi dia beria-ia pulak. Katanya nak usaha sungguh-sungguh supaya dapat gred yang baik untuk sains pertanian. Dia datang ke rumah bersama kawan sekelas nya untuk mengambil bahan itu. Saya turut menasihatkannya supaya jangan tidur lewat sangat bimbang esok tidak TERBANGUN.
Hari ini dalam pukul 7.30am saya ke sekolah ( ingatkan dah tak mahu ingat pasal sekolah ) untuk memberi sokongan moral kepada 13 calon yang mengambil mata pelajaran sains pertanian. Hujan turun mencurah-curah. Risau sungguh. Selalunya pelajar saya nih ( murid pertengahan, tidak terlalu pandai atau terlalu lembam) jenis yang kalau buat kelas tambahan memang lewat datang ( lelaki ) Kerjanya tidur sajalah. Dalam keadaan hujan begini macam-macam boleh berlaku.
2. NIK NURUL WAHIDAH :
Semua calon telah dipanggil masuk ke bilik peperiksaan. Calon sedikit tetapi pengawas peperiksaan yang ada 5 orang. Wah, payahla jugak saya nak membantu. Kenapala hujan-hujan ni rajin pula pengawas yang datang. Patutnya 2 orang pun dah memadai untuk mengawas 13 calon itu. Tiba-tiba seorang pengawas datang memberitahu seorang calon tidak hadir. Ingatkan calon lelaki. Rupanya calon perempuan - Nik Nurul Wahidah. Saya cuba menghubungi melalui telefon. 5 kali panggil satu pun tidak dijawab!Dalam hati tertanya-tanya apa yang terjadi. 5 minit kemudian, kelibatnya muncul... mengayuh basikal dalam hujan. Kesian! Habis pakaian basah. Walau bagaimana pun dia tidak panik dan terus naik ke bilik peperiksaan.
3. ALIF:
20 minit menunggu di dewan terbuka ( bilik peperiksaan di bahagian atas dewa terbuka ) Alif muncul. Katanya nak ke tandas. Alif ni memang jenis pemalas tetapi otak boleh tahan. Selepas selesai, dia meluru ke arah saya..
"Cikgu, tolong la soalan susah la.. yang cikgu bincang sikit je keluar" Saya pandang kiri-kanan... hehehhehe.. Paham-paham sendirilah apa yang berlaku selepas itu.
2 jam berlalu, akhirnya kertas 2 sains pertanian berakhir....Bising sekali masing-masing kelihatan kecewa banyak soalan jangkaan yang meleset...Badrul, Amin, Azwan, Suharil... tak apa la.. masih ada kertas 1. Saya memujuk mereka supaya jangan kecewa sangat.
TARGET SAYA : 3 orang A2, 2 orang 3B, 2 orang 4B, 4 orang 5C, 2 orang 6C.
PENCAPAIAN SEBENAR TAK TAHU LA....... TAKUT JUGA PRESTASI MENURUN SEBAB PELAJAR TAHUN INI AGAK LEMAH.
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
4 Dari Kacamata Orang lain:
Waruna,
Saya percaya setiap usaha telah dilakukan oleh guru. "Abih reng doh".
Semua guru mengharapkan kejayaan pelajar-pelajarnya.
Selebihnya, berdoa sajalah.
ooooo cikgu Wahab tau ke bahasa kelantan " abih reng " tu? Sebahagian orang Pahang memang ada pelat Kelantan kan.
cikgu waruna,
Anak saya menduduki SPM dan tinggal di asrama SMART Kuantan. Second last paper hari Selasa baru ni Physics dan paper akhir ialah LK (Lukisan Kejuruteraan)pada 2 Dis ini. Bermakna ada 6 hari gap. Saya ingatkan dia nak balik rumah rupanya tidak. Katanya cikgu buat kelas tambahan untuk subjek ini. Bincang solan dan buat latihan menjawab dalam tempoh 2jam setengah (ikut masa peperiksaan).Saya harap usaha guru dan murid ini membawa kejayaan. Anak saya ni mulanya ambil Bio masa tingkatan 4. Tapi selepas 4 bulan dia twist kepada LK. Alhamdullillah, dia boleh ikut dan kini saya perhatikan dia selalu dapat markah tertinggi untuk subjek itu. Saya rasa mungkin atas minatnya juga.Anak lelaki dan anak perempuan saya sangat berbeza cara mereka belajar. Lepas SPM ni dia mengecek dengan saya nak belajar memandu pulak. Tak taulah berapa kos nak dapatkan lesen motor dan kereta sekarang.
cikgu Norhayati,
memang begitu la di sekolah saya pun saat-saat akhir pun guru masih mengadakan kelas. Macam saya pun, 2 hari sebelum kertas saya, kelas masih dijanlankan. Kalau nak harapkan mereka ulangkaji sendiri, payah la sikit.( terutama pelajar lelaki, masuk kelas pun berbau rokok )
Anak saya juga mengambil SPM tahun ni. Kertas syariah Islam ada lagi satu belum habis ( dia SMKA ) Tapi sekarang ada kat rumah nih sebab gap jauh dari kertas fizik tuh la. Pun rasanya 2 hb juga. Hari ni dah nak pergi asrama. Duduk di rumah tak belajar. Dia jenis yang belajar berkumpulan.
Dia juga nak belajar memandu lepas ni. Rasanya dalam RM1000 juga bayarannya. Pada 28hb des pula akan bertolak ke Kemaman (PLKN)
Post a Comment