Sesekali guru menjadi tumpuan media dan menjadi topik perbualan ramai. Guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat tidak mungkin terjerumus dalam masalah yang TIDAK sepatutnya dialami oleh insan yang bergelar GURU.
Menoleh kembali beberapa insiden yang kurang enak didengar dan tidak sanggup dibaca sekiranya tersiar di media cetak ANTARANYA ialah :
1. Mencabul murid sendiri
2. Mencabul sesama guru
3. Salah guna wang kerajaan
4. Mencederakan murid
sekadar memberikan beberapa contoh, mungkin ada contoh lain......
Antara terhangat ialah apabila guru lelaki mempunyai hubungan dengan murid perempuan. Tempat-tempat strategik yang pada mulanya hanyalah pertemuan biasa guru-murid kadang-kadang bertukar menjadi SARANG yang mencurigai...antaranya:
1. BILIK kaunseling
2. Bengkel KHB
3. Perpustakaan
ekoran itu, tercetusla hubungan terlarang antara murid perempuan dengan guru kaunseling, murid perempuan dengan guru KHB dan murid perempuan dengan guru perpustakaan. Salahkah diadakan bilik-bilik itu? Salahkah murid berjumpa guru? Salah guru mendampingi murid?
Mengapa saya menulis perkara ini?
Tak Ada Ilmu tapi Mahu Berkata2
-
Ringkas kata, orang2 yang tidak ada ilmu tentang enjin kereta tetapi mahu
juga berkata-kata atau mengajar tentang enjin kereta, maka ilmunya itu atas
...
1 Dari Kacamata Orang lain:
Orang yang berpengetahuan (baca guru/pendidik) memang dianggap lebih bersalah apabila melakukan sesuatu kesalahan berbanding orang-orang lain walaupun sebenarnya guru/pendidik adalah manusia juga manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Iman merupakan faktor utama yang menentukan baik dan buruk tingkah laku dan perbuatan seseorang manusia.
Post a Comment