Wednesday, December 31, 2008 | By: WR

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH DAERAH BESUT

Sekolah saya sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah program untuk pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah-sekolah daerah Besut. Program motivasi itu pada asalnya akan dirasmikan oleh Dato` Seri Idris Jusoh. Tetapi beliau sekarang berada di China.


Seramai 20 orang pelajar dari setiap buah sekolah di Daerah Besut hadir menjadikan jumlahnya 160 orang peserta kesemuanya. Penganjur adalah Polis daerah Besut dengan kerjasama PPD Besut. Kami hanya menyediakan tempat manakala pengurusan program adalah kelolaan Polis.
9.00 am
Program dimulakan dengan Ceramah Motivasi oleh Penceramah Khas dari Maktab Sultan Mizan. Subhanallah! Saya amat mengkagumi cara beliau menyampaikan ceramah. menarik dan bernas.. sepanjang ceramah beliau, tidak sesaat pun saya leka mendengarnya. Beliau tidak menggunakanbantuan komputer. Hanya bermodalkan air liur, tetapi kesannya amat baik sekali. Sepanjang ceramah tidak pernah pun saya menguap!

Kemudian berhenti rehat dan minum pagi disediakan.

11.30 am
Penceramah kedua mengambil tempat. Saya tidak sempat mengikutinya kerana terpaksa membuat sedikit analisa PMR 2008 kerana esok akan dibentangkan dalam Mesyuarat JKS kali pertama. Sibuk betul minggun ini.

Program disusuli dengan jamuan tengahari dan solat zohor berjemaah. Ia berakhir pada 3.30pm.
Monday, December 29, 2008 | By: WR

SELAMAT TAHUN BARU HIJRIAH 1430



Seronok bersama keluarga menyambut Tahun baru Hijrah 1430. Saya ajak anak-anak bersama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Harapan agar anak-anak tidak lupa amalan ini. Ayahnya ke mesjid untuk sama-sama menyambutnya bersama jemaah mesjid Kg Padang Luas.

Hijriah ertinya berpindah, meninggalkan, berpaling dan tidak mempedulikan lagi. Ada beberapa pengertian hijriah, iaitu:

1.kaum muslimin meninggalkan negerinya karena berada di bawah pemerintahan yang kafir

2.Menjauhkan diri dari dosa

3.Permulaan tarikh Islam.

Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya
Saturday, December 27, 2008 | By: WR

RAHSIA YANG BUKAN LAGI RAHSIA

1.Saya terkejut dengan panggilan telefon seorang rakan guru yang tiba-tiba bertanya mengenai jawatan baru yang akan dipegangnya tahun 2009. Terdapat 40% perubahan dalam tugas guru tahun depan. Yang peliknya mengapa RAHSIA pertukaran tugas itu bocor? Dekat mana yang bocornya. Kalau rumah bocor biasanya di bumbungnya lah! Ini yang buat saya "menyampah". Ada jugak politik dalam sekolah rupanya. Sepatutnya esok semasa mesyaurat guru kali pertama, guru-guru akan dapat senarai tugas masing-masing.

2. Seorang saudara yang mengerjakan haji pulang dengan selamatnya dari Mekah. Namun, amat menyedihkan, RAHSIA keaiban beliau di sana terbongkar jua dan menjadi cakap-cakap yang tidak enak didengar. Kononya di Mekah sana beliau bertengkar hebat dengan rakan sebilik.

3. Anak saudara yang pendiam dan pemalu tiba-tiba memberitahu yang dia akan bertunang isnin ini. Wah, sekian lama berRAHSIA kononnya tak ada "gewe", tiba-tiba dah nak bertunang.
Monday, December 22, 2008 | By: WR

Dikir Barat Moden

Hiburan orang zaman ini macam-macam. Kalau dulu zaman TV masih belum ada, orang Kelantan berhibur dengan dikir barat dan makyong. Lepas menuai padi, sawah padi dijadikan tapak tempat berlangsungnya dikir barat, wayang kulit dan makyong. Saya pernah jugakla pergi terutama wayang kulit. Saya suka wayang kulit. Dikir barat saya tak suka sebab ada yang mengarut-ngarut tu..

Kini Dikir barat dihidupkan dengan versi baru.... yang bagi saya entah apa-apa.... ada la jugak yang baiknya.. tetapi melihat di satu web (di.sini) Dapat dari blog anak sedara....saya terasa JIJIK ! maafla bukan saya jadi emosi tetapi banyak perkara dalam dikir barat tuh telah tercemar... Wanita telah dieksploitasi sedemikian rupa untuk melariskan album dikir barat itu. Dengan pakaian seksinya, geleknya.... senikata lagunya juga berbaur lucah!


Inikah yang hendak diwariskan kepada generasi akan datang? Berdosa pulak rasanya saya pamirkan url web dikir moden nih... mana tahu orang yang tak pernah tengok jadi tertengok gara-gara saya yang memaparkan url nya...
Saturday, December 20, 2008 | By: WR

KEBEL BESAR , kebel kecil, langsung tak ada kebel...

Setakat ini ada 5 orang guru baru masuk ke sekolah saya. Satu dari luar negeri (Johor), 2(luar daerah) dan 2 lagi dalam daerah. Yang keluar ke sekolah lain belum ada maklumat. yang memohon pun belum dapat surat. Masalah la juga nak dibuat jadual mengajar untuk mereka, bimbang pulak mereka akan dikeluarkan.

Yang saya hairan bin ajaib, kenapa guru option yang mencukupi masuk lagi? guru option berkenaan dah cukup! datang lagi sorang option yang sama? Ramai yang mengatakan dia ada KABEL BESAR! Rela naik turun ke sana sini hendak juga datang ke sekolah saya. Pernah dikatakan dia sanggup buat orang lain menderita jika perlu. WAH! Hebat tu.

Semasa mula2 saya dapat posting di Terengganu, hampir 90% kawan saya kena mengajar di Sabah dan Serawak. Lalu mereka bertanya saya " Ko ada KEBEL BESAR ke? Saya jawab " Saya jangankan KEBEL BESAR, kebel pun tak ada!!! langsung tak ada kebel , tapi alhamdulillah dapat di Terengganu dekatla juga dengan kelantan (negeri asal saya)
Wednesday, December 17, 2008 | By: WR

KEMBALI SIBUK MENJELANG 2009

Mesyuarat hari ini berlarutan hingga ke pukul 2.30 pm. Adus... masih banyak perkara yang perlu dibereskan sebagai persiapan sessi persekolahan 2009. Baru sahaja nak rehatkan minda dari urusan sekolah, kini terpaksa ke sekolah semula untuk menyiapkan senarai tugas guru 2009 dan jadual waktu 2009. buku Pelan Strategik pun dalam proses.

Satu perkara baru ialah Mesyuarat JKS kali pertama 2009 akan diadakan dalam tahun 2008. Biasanya mesyuarat pengurusaan dan mesyuarat guru saja yang diadakan dalam cuti sekolah!

80% tugas guru 2009 sudah siap. Cuma jadual waktu yang masih belum mantap. Hasrat pengetua nak serahkan jadual waktu guru pada mesyuarat kali pertama nanti pada 28 Dec 2008. P&P mesti diadakan pada Hari Pertama Persekolahan.

Esok sekali lagi mesyuarat. Minggu depan? Sibuk memanjang......Semasa sedang bermesyuarat, tetamu dari JPNT datang memeriksa keperluan kerusi meja 2009.
Tuesday, December 16, 2008 | By: WR

PERGINYA SEORANG KAWAN..

Jam 2.00 petang selepas menikmati makan tengahari bersama keluarga kemudian solat zohor, saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat guru memaklumkan bahawa Cik Siti Hajar telah meninggal dunia. Khabar yang membuat seluruh anggota menggeletar... Kenapa banyak sangat kematian orang yang saya kenali pada tahun ini.. Arwah disahkan mengidap Luekimia 2 tahun yang lepas. Masih muda berumur dalam awal 30 han dan belum berkahwin. Kerana penyakitnya yang menuntut rawatan kemoterapi, dia memohon untuk bertukar sekolah ke Kelantan. Baru saja dia mendapat kelulusan itu. Pernah semasa saya menjaga anak yang dimasukkan ke Hospital Universiti Kubang Kerian, saya bertemu dengan beliau di sana. Beliau memperlihatkan kepalanya yang licin akibat rawatan kemo itu. tetapi beliau nampak gembira dan selalu bercerita tentang doktor-doktor yang telah mengenalinya. Masih terbayang telatahnya....

Leukemia merupakan salah satu penyakit barah atau kanser yang berpunca daripada darah. Leukemia terjadi apabila badan menghasilkan sel darah putih dengan aktif seterusnya menghalang penghasilan sel darah merah.Perkataan leukemia, yang bererti 'darah putih,' diambil sempena nama penyakit pengiraan sel darah putih yang tinggi yang terdapat kepada kebanyakan pesakit leukemia sebelum menerima rawatan. Jumlah tinggi sel darah putih kelihatan apabila contoh darah dilihat di bawah mikroskop. Sering kali, sel darah putih ini adalah tidak matang atau tidak berfungsi. Jumlah sel darah putih juga turut mengganggu dengan fungsi normal sel lain.



Situasi ini menyebabkan berlakunya gejala anemia pada pesakit. Keadaan ini juga akan menyebabkan pesakit kekurangan sel darah putih matang dan ia mengurangkan daya tahan terhadap jangkitan. Penghasilan sel darah putih berlebihan juga menghalang penghasilan platlet darah yang penting untuk tujuan pembekuan darah.

Simptom yang berkait

Demam, sejuk, berpeluh malam dan simptom selsema lain
Kelesuan dan lemah
Hilang selera makan dan/atau berat
Gusi bengkak atau berdarah
Pendarah berlebihan (akibat luka kecil)
Simptom neurologikal (sakit kepala)
Hati dan limpa bengkak
Mudah lebam
Kerap dijangkiti penyakit
Sakit tulang
Sakit sendi
Tonsil bengkak
( RUJUKAN - Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)

Permohonan ke IPTA

Hanya tinggal 15 hari 15:47:24 sahaja untuk kemukakan permohonan.(di.sini)

Seorang kawan anak saya datang ke rumah untuk pendaftaran Permohonan ke IPTA. Maklumla sekarang semuanya dilakukan dalam talian. Bagi anak-anak sekolah yang tinggal di kampung, agak sukar juga bagi mereka menggunakan Aplikasi Dalam Talian ini. Kawan anak saya telah mencuba berkali-kali di cyber cafe tapi tidak berjaya. Lantaran itu dia datang ke rumah dan saya menolongnya untuk mendaftar. Kesian.
Sunday, December 14, 2008 | By: WR

BEBAN HUJUNG TAHUN

Setiap kali hujung tahun, ibu bapa akan mencongak berapa duit yang ada. Masa ni la orang kata wang keluar macam air. Semalam saya menghabiskan masa separuh hari di Pusat membeli belah KB Mall. Kebetulan cuaca pun dah cerah ( gerimis masih ada )ramai jugalah pengunjung di situ. Rata-rata adalah ibu bapa yang sibuk membeli keperluan sekolah. Oleh kerana mereka membawa anak -anak untuk mengukur baju sekolah, teramatlah sesaknya di bahagian pakaian sekolah mahupun di kaunter. Ini saya paparkan perbelanjaan untuk seorang anak saya. ( Lelaki, tingkatan 1 2009 )
1. Seluar - RM31.00 x 2 = RM62.00
2. Baju - RM19.90 x 2 = RM39.80
3. Kasut - RM35.00 x 1 = RM35.00
4. Beg RM49.00 x 1 = RM49.00
5. Stokin RM7.90 x 2 = RM15.80
6. lain-lain
(pembalut buku, alat tulis, dll)
= RM50.00
------------------------------------
JUMLAH = rm251.60
====================================
saya juga turut membeli keperluan persekolahan anak perempuan yang akan masuk tingkatan 4 tahun depan. bayangkan kalau ada ibu bapa yang mempynyai 5 anak yang bersekolah.....
RM250 x 5 = RM1250.00

Bagaimana pula perbelanjaan anak-anak di peringkat yang lebih tinggi? IPTA, kolej dll
Wednesday, December 10, 2008 | By: WR

TAHUN "BERDUKACITA"

2008 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Banyak insiden dukacita berlaku pada tahun ini khususnya melibatkan kematian.....
1. Bulan Februari - di mana neneknda yang telah berusia seratus lebih kembali kerahmatullah - sakit tua. Satu kebanggan bagi kami, walaupun usianya mencecah ratus namun dia masih mengingati kami cucu-cucunya malah cicitnya pun masih dia ingat. Dia tidak nyanyuk. Cuma keranah tetap ada - CEPAT MERAJUK. Biasalah.. sesiapa pun begitu bila mencapai umor emas.

2. Seminggu selepas pemergian neneknda ( Februari juga ) - adinda saya pula menyusul - Hepatitis beserta TIBI. Oleh kerana beliau belum berkahwin dan tinggal bersama emak, pemergiannya benar2 meruntun hati emak. Semasa arwah sakit baik di rumah atau di hospital, emak sentiasa di sisi.. Setiap kali melihat barang2 peninggalan arwah, emak sentiasa menitiskan air mata.

3. Pada bulan Julai - Abang ipar meninggal mengejut. Kematiannya mendapat liputan akhbar kerana dijumpai mati dalam keretanya berdekatan Farmasi. Dipercayai beliau ke Farmasi dan dijumpai terbaring ditempat duduk belakang kereta. Tiada unsur jenayah kerana semua dokumen peribadi serta dompet tidak terusik. Lagi pun kereta di "parking" elok di depan pasarya. Orang ramai yang menyangka beliau tidur mencurigainya bila seorang lelaki melihat wajahnya kebiruan. Kematian ini amat memilukan kakak saya kerana beliau terlalu bergantung kepada suaminya dan tidak tahu memandu kereta - beliau tinggal jauh dari keluarga ( Di KOta BHaru ) Kini segalanya terpaksa diurus sendiri.

4.Terkini Disember - pemergian abang ipar di Mekah seperti yang telah ditulis dalam entri sebelumnya. bERUNTUNGNYA DIA... pemergianya dalam keadaan dia bersedia.. Segalanya telah diwasiatkan dengan teliti dan sebelum berangkat dia banyak bercakap mengenai mati. Saya berani kata dia CUKUP BERSEDIA .... pesananya sebelum berangkat seolah-olah dia tahu dia akan pergi ..Kakak saya yang sulong ini tidak mempunyai anak cuma ada seorang anak angkat. Mujurnya kakak saya yang ini tinggal dalam sanak saudara. Senangla sikit.

Empat kematian dalam satu tahun.......Setiap kali kematian berlaku, cukup menginsafkan saya. maknanya sesiapa pun, bila pun masanya hanya ALLAH yang tahu. Saya cukup TERKESAN. Kini dalam kepala saya kena bersedia kerana kita akan dijemput pada bila-bila masa. Jangan lagi leka. Pernah seorang kawan saya semasa melihat cincin dijarinya saya bertanya. "Cincin tunang ke" Dia menjawab selamba " Ya, siang malam ingatkan "tunang". Saya bertunang dengan MATI " hebatnya dia. Tapi pada masa yang sama dia seorang yang komited dengan kerjanya. Benarlah ungkapan BERUSAHALAH SEOLAH2 AKAN HIDUP SELAMANYA TETAPI BERIBADATLAH SEOLAH2 AKAN MATI ESOK.
Sunday, December 7, 2008 | By: WR

PEMERGIAN DI SAAT AKAN BERWUKUF

Malam tadi dalam pukul 8.30pm, saya mendapat panggilan telefon dari adik yang bekerja di Penang. Katanya salah seorang rombongan haji bersama kakak, abang ipar, emak dan 3 lagi sedara telah meninggal sejurus sebelum berangkat ke Arafah untuk berwukuf.Dia mengetahui berita itu dari seorang kawannya yang bekerja dengan Syarikat CITRA iaitu pakej haji yang membawa rombongan kakak saya itu. Antara percaya dengan tidak saya menelefon pula anak saudara untuk bertanyakan kalau-kalau kakak saya ada memaklumkan perkara itu. Kata anak saudara saya, setakat ini tiada apa-apa berita. Semalam kakak saya ada menghantar sms mengatakan sedang sibuk membuat persiapan untuk berangkat ke Arafah.

Dalam pukul 9 malam, tiba-tiba anak saudara saya menelefon kembali. Dalam nada sebak, dia memberitahu, yang meninggal ialah abahnya sendiri - abang ipar saya. Berita ini disahkan oleh Lembaga tabung haji kemudiannya. Abang ipar saya satu-satunya jemaah lelaki dalam kumpulan itu. Dialah menjadi tempat bergantung emak, kakak serta 3 saudara (perempuan juga) untuk mengerjakan haji. Emak saya sihat cuma dia ada kencing manis, jadi sentiasa berwaspada dengan bekalan ubat. Seorang lagi juga kencing manis dan agak "teruk". Berjalan pun kadang-kadang tidak betul. Tapi abang ipar saya boleh dikatakan sihat sebelum berangkat. Cuma ada sebelum berangkat dia mengadu sakit dada.

Hari ini saya pulang le kampung ( Machang ) untuk mendapatkan cerita sebenar. Kebetulan kakak saya menelefon memaklumkan kematian suaminya. Saya tahu jika dia dapat menyampaikan sendiri berita itu, maknanya dia KUAT, Alhamdulillah. Sebelum bertolak ke Arafah, pada waktu subuh abg ipar saya ke klinik tabung haji dan di tahan di Hospital Saudi. Dia memesan kepada kakak supaya terus berangkat dan jangan menunggunya. Dia akan pergi dengan bantuan hospital. Selepas itu mereka tidak lagi bertemu... itulah kali terakhir suami isteri itu berjumpa. Sekarang mereka sedang berwukuf. Kakak saya harus kuat untuk terus mengerjakan ibadah yang seterusnya,. Melontar di Mina bukan kerja senang.. Di situlah ketahan kita diuji dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kesedihan kematian suaminya, kakak saya terpaksa pula menjaga emak yang agak lemah.... Semoga mereka diberikan kekuatan dan Allah memudahkan urusan haji mereka... itulah doa saya. Walaupun abang ipar sudah tiada untuk menjaga mereka tetapi saya yakin mereka akan dijaga oleh Yang Maha Kuasa. Semoga Allah memberi petolongan kepada mereka.. Ini adalah haji yang ke 3 bagi abang ipar. manakala akak dan emak saya ialah kali kedua.
Teringat pula kenangan pada 2002 ketika mengerjakan haji bersama suami. Setelah selesai ibadah haji kami di bawa melawat ladang unta dan sempat minum susu segar unta. Rindu untuk ke sana lagi.... ( Bergambar bersama seorang kawan sebilik )

Bergambar kenangan bersama kenalan satu pakej Syarikat Khawakib.



Selamat Hari Raya Aidil Adha semuanya.
Saturday, December 6, 2008 | By: WR

PERASMIAN PROGRAM ACCELERATED LEARNING

Perasmian Program Accelerated Learning berlangsung jua seperti yang dijadualkan dengan mantan Menteri Besar Dato` Seri Idris Jusoh sebagai perasmi setelah kembalinya ke rahmatullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran Dato` Razali Ismail.

Suasana sayu apabila pengacara majlis mengumumkan untuk hadhirin membacakan al fatihah kepada arwah. Selain mantan Menteri Besar yang sekarang ini ADUN Jerteh, turut hadir sama ialah Pengarah Pelajaran Terengganu Dato` Ariffin Embong dan PPD Besut. Majlis berlangsung dalam hujan lebat. Sambutan tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Dato` Idris Jusoh memandu sendiri viva TAR11 bersama Toh Puan Cik Kamariah. Sebagai mana biasa beliau tetap santai dan berani dalam ucapannya.

Berikut ialah persembahan pelajar DIKIR BARAT dalam Bahasa INggeris. ( Maaf, suara tidak kedengaran)


Dan ini pula ucapan Pengetua Pn. Hjh. Ruhani Salleh.


Pelajar diuji mengingat 20 perkataan dan 50 nombor mengikut urutan.


Menggunakan kaedah Accelerated Learning ini pelajar dapat mengingat fakta dan pembelajaran dengan baik. Oleh itu pelajar ini dijangka dapat memanfaatkannya untuk PMR mereka pada tahun depan. Sekarang mereka berada dalam tingkatan 2. Kesan lain yang didapati ialah mereka lebih berani menghadapi penonton. Sebelumnya mereka malu-malu untuk ke depan. satu perubahan yang positif. Banyak lagi aktivti lain yang ditunjukkan tetapi saya tidak sempat merakamkanya kerana sibuk menguruskan beberapa perkara.

Selamat hari Raya AidilAdha kepada semua, Seri Suryati, Cikgu Yusof, Cikgu Wahab, Cikgu Usop. Si Juita berkirim salam. Beliau balik berhari raya bersama keluarga suaminya di Perak.
Tuesday, December 2, 2008 | By: WR

HASIL TANGAN ANAK SULONG PELAJAR LANDSKAP

Mata Pelajaran Vokasional diperkenalkan di sekolah saya pada tahun 2003 iaitu Landskap & Nurseri dan Katering & Penyajian. Salah seorang pelajar landskap memang berbakat dan ada potensi untuk berjaya dalam kerjaya selepas tamat sekolah. Ramai guru-guru mengupah beliau membuat taman mini di kawasan rumah masing-masing. Saya juga tidak ketinggalan... Ini la hasilnya

Tapi sayang, pokok palma yang semakin membesar telah menyebabkan dasar kolam tidak lagi dapat menahan air. Akar palma membesar dan memecahkan sebahagian dasar kolam.
Sunday, November 30, 2008 | By: WR

KERETA - Keperluan atau Kehendak

Cikgu yang mengajar KHB kata:
Keperluan ialah sesuatu yang mesti ada pada manusia untuk hidup. kalau tak ada keperluan manusia tak mungkin dapat meneruskan hidup. manusia perlu makanan, tempat tinggal dan pakaian. bagaimana dengan kereta ? masuk dalam kategori keperluan ke? Kehendak pula merujuk kepada kemahuan yang tidak terbatas. Memiliki kereta mewah seakan menggambarkan imej diri yang berprestej....
Saya baru menerima emel daripada anak saudara tentang kereta honda city 2009. Katanya cantik. Padan untuk wanita.


Bagi setengah orang;
1.menukar kereta seperti menukar baju - tengok yang baru keluar hebat, yang lama dijual. tahun lepas kita jumpa dia dengan vios, alih-alih tahun ini dah pakai honda dan begitu la seterusnya.
2.seorang kawan saya ada 7 buah kereta di garaj rumahnya. Kereta dah jadi macam koleksi peribadi macam koleksi jam tangan, beg tangan, kasut, pakaian dan lain-lain barangan. Bagaimana pula yang (ini) boleh ke dikategorikan sebagai koleksi juga?
3.ada pula yang setia kepada kereta buruknya sehingga puluhan tahun.

BANJIR OH BANJIR

Beberapa kawasan di Kelantan sudah dinaiki air terutama di Jelid.i.s.i.n.i, dan .(d.s.i.n.i.) Saya segera menelefon adik yang tinggal di Jeli, alhamdulillah rumahnya tidakla teruk terjejas. bahagian dapur rumahnya memang ditenggelami air jadi dia menumpang di rumah mertuanya. Pagi ini dia memaklumkan sudah pulang ke rumah dan air sudah surut sedikit namun masih berjaga-jaga. Semua barang-barang sudah dikemaskan ke tempat yang selamat.

Semalam hujan lebat turun tidak berhenti-henti hanya sesekali reda. Apa nak buat berkurung dalam rumah saja lah. Tetapi sebelah petang saya keluar rumah juga kerana memenuhi jemputan kahwin anak saudara pekerja swasta sekolah saya.Kata orang (Kelantan) kahwin dalam hujan disebabkan pengantin sebelum kawin suka makan BUDU. Dalam perjalanan ke rumah pengantin bersama teman baik, terdapat takungan air diatas jalan raya di Kg Pdang landak. Gusar juga dibuatnya kerana saya membawa kerata buruk. Maklumla kereta baru sayang pula nak guna musim hujan ni. Siap bungkus lagi dalam garaj. Kalau la kereta buruk ini rosak di tengah jalan...

Di bandar Jerteh pula, air sungai Jerteh melimpah dan jalan di bawah jambatan sudah di tutup. Jalan di hadapan Masjid Hadhari juga sudah ditenggelami air. Sekiranya paras air meningkat, terputusla hubungan antara Jerteh dan KG. Raja juga Kuala Terengganu.
Saturday, November 29, 2008 | By: WR

TAKZIAH

Malam tadi dalam pukul 7.30pm saya dikejutkan dengan sms dari rakan sejawatan tentang pemergian mengejut Timbalan menteri Pelajaran Dato' Razali Ismail. Terkejut bukan sebab Allahyarham orang Terengganu, atau sebab sedara mara saya.



Tetapi, kejutan itu kerana surat di bawah ini....



Kami warga sekolah telah bersiap sedia untuk menyambut kedatangannya ke sekolah kami untuk merasmikan program tersebut pada 6 Des nanti. Segala persiapan di atur teliti memandangkan Timbalan Menteri yang datang. Kelam kabut juga kerana sekolah dalam cuti. Surat kepada ibubapa telah diedarkan, tempahan makan minum telah dibuat. Rakan-rakan tertungu-tunggu samada program itu diteruskan ataupun tidak.

Al-fatihah........
Friday, November 28, 2008 | By: WR

MACAM-MACAM RAGAM ANAK MURIDKU

1. HELMI :
Hari ini peperiksaan SPM bagi kertas Sains Pertanian berlngsung. itulah mata pelajaran yang saya ajar di sekolah. Malam tadi dalam pukul 12 malam seorang pelajar saya (Helmi)menelefon minta nota tentang soalan "sasaran". Saya terkejut. Biasanya si Helmi nih tak kisah apa pun soalan yang keluar. Tetiba malam tadi dia beria-ia pulak. Katanya nak usaha sungguh-sungguh supaya dapat gred yang baik untuk sains pertanian. Dia datang ke rumah bersama kawan sekelas nya untuk mengambil bahan itu. Saya turut menasihatkannya supaya jangan tidur lewat sangat bimbang esok tidak TERBANGUN.
Hari ini dalam pukul 7.30am saya ke sekolah ( ingatkan dah tak mahu ingat pasal sekolah ) untuk memberi sokongan moral kepada 13 calon yang mengambil mata pelajaran sains pertanian. Hujan turun mencurah-curah. Risau sungguh. Selalunya pelajar saya nih ( murid pertengahan, tidak terlalu pandai atau terlalu lembam) jenis yang kalau buat kelas tambahan memang lewat datang ( lelaki ) Kerjanya tidur sajalah. Dalam keadaan hujan begini macam-macam boleh berlaku.
2. NIK NURUL WAHIDAH :
Semua calon telah dipanggil masuk ke bilik peperiksaan. Calon sedikit tetapi pengawas peperiksaan yang ada 5 orang. Wah, payahla jugak saya nak membantu. Kenapala hujan-hujan ni rajin pula pengawas yang datang. Patutnya 2 orang pun dah memadai untuk mengawas 13 calon itu. Tiba-tiba seorang pengawas datang memberitahu seorang calon tidak hadir. Ingatkan calon lelaki. Rupanya calon perempuan - Nik Nurul Wahidah. Saya cuba menghubungi melalui telefon. 5 kali panggil satu pun tidak dijawab!Dalam hati tertanya-tanya apa yang terjadi. 5 minit kemudian, kelibatnya muncul... mengayuh basikal dalam hujan. Kesian! Habis pakaian basah. Walau bagaimana pun dia tidak panik dan terus naik ke bilik peperiksaan.
3. ALIF:
20 minit menunggu di dewan terbuka ( bilik peperiksaan di bahagian atas dewa terbuka ) Alif muncul. Katanya nak ke tandas. Alif ni memang jenis pemalas tetapi otak boleh tahan. Selepas selesai, dia meluru ke arah saya..
"Cikgu, tolong la soalan susah la.. yang cikgu bincang sikit je keluar" Saya pandang kiri-kanan... hehehhehe.. Paham-paham sendirilah apa yang berlaku selepas itu.

2 jam berlalu, akhirnya kertas 2 sains pertanian berakhir....Bising sekali masing-masing kelihatan kecewa banyak soalan jangkaan yang meleset...Badrul, Amin, Azwan, Suharil... tak apa la.. masih ada kertas 1. Saya memujuk mereka supaya jangan kecewa sangat.
TARGET SAYA : 3 orang A2, 2 orang 3B, 2 orang 4B, 4 orang 5C, 2 orang 6C.
PENCAPAIAN SEBENAR TAK TAHU LA....... TAKUT JUGA PRESTASI MENURUN SEBAB PELAJAR TAHUN INI AGAK LEMAH.
Thursday, November 27, 2008 | By: WR

DESTINASI PERCUTIAN YANG LALU

1. Percutian dalam negeri - Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2008. Muzium ni terletak "on the way" to Taman Tamaddun Islam di Pulau Wan Man.

2. Percutian dalam negeri - Agroresort Setiu. Bermalam di Chalet yang agak terbiar. Lokasi chalet cantik di tepi tasik buatan. Anak-anak apa lagi asyik mandi di kolam.

3. Percutian ke Langkawi 2005 - sempat naik kereta kabel, serik tak mahu naik lagi.. gayat.....shoping sakan...

4. Sempena kursus di KL ( HOtel Esteen ) - 2006 sempat membeli belah di Nilai bersama keluarga.

5. Merendam kaki di kolam air panas Ulu Legong - Baling Kedah. 2008
Wednesday, November 26, 2008 | By: WR

Oh Leganya..... CUTI.

Di saat rakan guru lain sudah 2 minggu bercuti, saya masih saban hari ke sekolah. Anak gadis saya mula mengomel kerana sejak pulang dari asrama belum pernah merasa masakan emak. Sepanjang saya di sekolah musim cuti ini dialah yang memasak seadanya. Kadang-kadang dia menelefon ke sekolah bertanya apa yang patut dimasak.
Hari ini, saya telah bebas!! Kerja saya di sekolah telah selesai. Lega rasanya kerana anak lelaki pun pulang ke rumah hari ini. Ini barulah CUTI namanya. Bebas dari kerja sekolah dan dapat berkumpul semua ahli keluarga.

Mulai esok, saya akan mengubah rutin harian dari seorang guru kepada seorang surirumah sepenuh masa. Seronoknya masuk ke dapur seawal pukul sebelas pagi dan makan tengahari lebih awal. Masakan pun tentu lebih pelbagai dan tidaklah ringkas sahaja. Kena juga mengambil kira khasiat dan nilai pemakanan kerana WAKTU bukan lagi menjadi faktor penghalang.

Anak bongsu saya mula bertanya, kemana kita cuti kali ini mak? Memandangkan musim tengkujuh bakal tiba.... saya tidak merancang apa-apa. Tambah lagi Hari Raya Qurban bakal tiba. SELAMAT BERCUTI PADA DIRI SENDIRI......
Tuesday, November 25, 2008 | By: WR

NASIB SEBUAH LAPTOP

Saya membeli sebuah laptop pada Mei 2005. Ianya ACER 2410 travelmate. Saya menggunakannya dirumah sahaja kerana di sekolah saya menggunakan laptop sekolah jenama SAMSUNG. Selama 2005 - 2008 ini laptop saya tidak pernah bermasalah sehinggalah selepas anak saya habis UPSR, dia kebosanan dan meminta untuk menggunakan laptop saya. Dan... akhirnya, dia mendownload pelbagai GAMES yang menyebabkan laptop saya teruk diserang virus!

Hari ini saya menggunakan laptop sekolah untuk menulis pada hari ini. Nampaknya laptop saya dah agak "TUA". Keyboard pun dah tak berapa elok. Lumrahla.... setiap yang buruk akan diganti.... bolehkah HAL ini disamakan dengan manusia? Jangan ada yang TERASA... Hehehhee
Saturday, November 22, 2008 | By: WR

BUAH NAM NAM ( cynometra cauliflora)

Hari ini cuaca agak cerah walaupun tanah masih lembab. Hujan berhenti seketika. Ketika keluar menjemur kain diampaian, tersilau pula gugusan buah nam-nam di batang pokoknya yang rendah. Buah nam-nam atau kalau di Kelantan dipanggil BUAH KATAK PURU.( saya berasal dari Kelantan) Walau namanya menyerupai nama binatang ( KATAK) tapi saya sangat menyukainya. Rupanya buruk tapi rasanya enak bagi saya. Masam masam manis, berlemak lagi. Saya belek nota kuliah lama yang telah saya bukukan dan mancari nama saintifik bagi buah ini - cynometra cauliflora.




Setelah tamat di Universiti Pertanian Malaysia ( sekarang Universiti Putra ), saya memang bercita-cita membuka ladang samada tanaman atau ternakan. Tetapi, kerjaya sebagai guru menuntut banyak masa dan saya tidak mahu mengorbankan kerjaya saya ini untuk satu bidangusaha yang lebih tinggi risikonya. Jadi minat saya menanam hanya saya buat disekeliling rumah. Saya menanam rambutan, mangga, durian( tidak pernah berbuah), pisang, sukun , manggis, delima dan nam-nam ini. Yang paling banyak pokok pisang manakla manggis 5 pohon. Yang lain-lain semuanya satu pokok untuk satu jenis.
Friday, November 21, 2008 | By: WR

OPERASI PAYUNG 2


Semalam saya ke sekolah lagi untuk meneruskan mesyuarat yang tidak berkesudahan sebelumnya. Terkejut juga melihat kawasan sekolah yang ditenggelami air walaupun cetek. Longkang tersumbat dan melimpah keluar. Terbaca berita tentang pelajar yang tidak dapat mengambil SPM kerana banjir ( disini )
Wednesday, November 19, 2008 | By: WR

OPERASI PAYUNG



Sebelum cuti satu mesyuarat OPERASI PAYUNG telah dijalankan sebagai persiapan menghadapi banjir yang dijangka melanda tahun ini.( Sediakan payung sebelum hujan ) Kini jawatankuasa Operasi Payung digerakkan memandangkan hujan telah mulai turun mencurah-curah sejak semalam. Sejak pagi tadi hingga saat ini hujan masih belum reda sepenuhnya. LOngkang telah dipenuhi air dan sekiranga 2-3 hari lagi hujan berterusan, air akan melimpah.

Peperiksaan SPM belum berakhir. INilah yang merisaukan. Kampung disekitar sekolah saya memang akan dinaiki air sekiranya tengkujuh melanda.Bagaimana murid ini akan datang ke sekolah. Pelan asal ialah murid ini akan dikumpulkan di surau sekolah sebagai penginapan mereka. Beberapa guru akan ditugaskan secara bergilir-gilir mengawasi dan menjaga makan minum serta keselamatan mereka. Mudah-mudahan perkara ini tidak terjadi. Walau bagaimanapun,AJK Operasi Payung tetap berwaspada.

Bagi saya sendiri, disamping bersedia dengan Operasi Payung di sekolah, rumah juga perlu diberi perhatian. Pernah pada tahun 2002 apabila empangan Kenyir pecah, banjir yang sangat teruk berlaku. Akibatnya kawasan rumah saya yang sebelum ini tidak pernah dinaiki air, turut ditenggelami air di paras buku lali di dalam rumah. Diluar rumah dan lorong menuju ke jalan raya mencapai ke paras pinggang. Jenuh juga la saya dan suami mengangkat barang-barang berharga ke tempat yg lebih tinggi. Anak-anak pula masa tuh masih kecil. Terpaksalah suami "menggendong" mereka dari rumah ke jalan raya diluar untuk ke rumah mertua saya yang tidakk dinaiki air. Nasib baik masa tuh kereta telah dipindahkan. Kalau tidak terendam dalam banjir.

JANGAN JADIKAN BANJIR SEBAGAI PESTA!
Monday, November 17, 2008 | By: WR

PIAGAM PELANGGAN


( KLIK IMEJ )
Saya ke sekolah anak untuk menghantar borang ke tingkatan satu 2009. Dengan keputusan 4A, 1B, anak saya layak mengisi borang ke sekolah premier/KRK/KAA/SMKA.Setelah membuat salinan semua sijil kurikulum dan kokurikulum saya terus berjumpa GPKKo yang kebetulan kawan lama saya. Dahulu dia sama sekolah dengan saya tetapi turun ke sekolah rendah sebagai GPK KO. Guru-guru lain kurang dikenali kerana antara guru SK dan guru SMK jarang bertemu. Biasanya suami saya yang selalu berurusan dengan sekolah. Oleh kerana suami saya sibuk kali ini saya sendiri yang menguruskan hal anak. INI menyebabkan saya kurang dikenali di sekolah tersebut.

Penampilan saya yang "biasa-biasa saja" menyebabkan kerani sekolah melayan saya acuh tak acuh saja.. maklum la saya pulak memang jenis yang pendiam dan tak banyak cakap. Dengan muka tak pernah bermekap, ramai yang tidak menyangka saya seorang kakitangan kerajaan. Seorang ibu kepada kawan anak saya yang hanya surirumah tetapi bergaya, mendapat layanan istimewa. GKP Pentadbiran menyambut kedatangannya dengan senyum dan bersalaman. Ditanya apa yang perlu dan segera diberi kerjasama yang baik sekali...

Sebelum menyerahkan borang itu, seorang kerani menyemak borang yang dihantar. kemudian dia memberitahu tentang sijil berhenti sekolah yang tidak terdapat dalam fail anak saya. Rupanya sijil itu dibaiki kerana terdapat sedikit kesilapan. Akhirnya sijil lain dikeluarkan. Sijil itu perlu dibuat salinan. Oleh kerana kedai fotostat agak jauh saya meminta untuk membuat salinan di pejabat sekolah tersebut.Bangun seorang lelaki dengan agak kasar berkata:
" Di sini kalau nak fotostat kena bayar la! Kenapa tidak fotostat semua sekali di kedai"
Saya agak terkejut. GPK KO kawan saya menoleh tapi dia diam je.
" Yer la , saya bayarla, sekeping je pun..... saya mempunyai duit yang cukup untuk membayarnya!" Spontan keluar dari mulut saya. Saya pun tidak menyangka saya menjawab sedemikian. Selepas menghulurkan wang 20 sen saya terus menyerahkan borang dan berlalu. Saya amat berkecil hati....

Saya rasa serba salah juga dengan tindakbalas saya itu. Tambahan pula GPK KO kawan saya tuh masih ada di situ. Adakah saya yang terlalu sensitif ataukah pendekatan kerani itu yang tidak kena dalam melayan pelanggan? Apakah dalam melayan pelanggan ini, mesti memilih bulu. Orang yang dianggap "SESEORANG" dilayan dengan begitu baik sedangkan orang yang "KEKAMPUNGAN" diherdik sesuka hati.Piagam pelanggan setiap jabatan bertujuan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dengan penuh tanggungjawab dan tulus........BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA..
Saturday, November 15, 2008 | By: WR

DELIMA( punica granatum)

Sudah lama tidak menyelenggara pepohon di sekitar halaman rumah. Waktu cuti begini baru lah ada masa keliling rumah melihat-lihat tanaman yang terbiar. Selama ini kerja membersihkan kawasan luar rumah dibuat oleh Pak Pin yang diupah memesin rumput. Kalau sempat dia akan mencantas mana-mana pokok yang dah terlalu rimbun. Tapi kalau tidak disuruh, dia hanya akan mesin rumput je la....Sambil mencantas dahan pokok rambutan yang telah dikuasai dedalu, terlihat pula buah delima yang telah masak. Pohon delima ini satu masa dulu hampir ditamatkan riwayatnya oleh suami saya kerana ia LEMBAB. Tidak berbuah. Terkejut juga kali ini ia mengeluarkan beberapa biji buah yang salah satunya masak dan manis sekali. Anak-anak paling suka.





Delima (punica granatum - sudah lama tidak menulis nama pokok2 dengan nama saintifiknya, masa belajar dulu macam-macam nama saintifik pokok perlu dihafal..) adalah tanaman buah-buahan yang berasal dari Iran. Namun ia sudah menyebar di daerah Mediterania. Saya sempat membaca 2-3 artikel mengenai buah delima ini.Rupanya ia mudah tumbuh di hampir semua iklim, namun menyebar di dataran rendah sampai ketinggian 1.000 m dpl. Walaupun tak terlalu memilih, tapi delima tumbuh subur di tanah gembur kering.

Terdapat tiga jenis delima, yaitu delima putih, delima merah dan delima ungu. Namun yang paling dikenal sebagai obat adalah delima merah. Sejak dulu, delima memang sudah dimanfaatkan sebagai penganan yang sesekali dijadikan minuman segar. Tak kurang pula diolah menjadi ubat penyembuh berbagai penyakit.

Konon, seluruh bagian tumbuhan delima ini boleh dimanfaatkan sebagai obat. Mulai dari kulit kayu, kulit akar, kulit buah, daun, biji dan bunganya. Untuk penggunaan kulit akar, biasanya dikeringkan dahulu. Sementara pengolahan kulit buah langsung dipakai segar atau setelah dikeringkan.

Khasiat delima ini memang luar biasa banyak. Kulit buah digunakan untuk pengubatan sakit perut karena cacing, buang air besar mengandung darah dan lendir (disentri), diare kronis, perdarahan seperti wasir berdarah, muntah darah, batuk darah, perdarahan rahim, perdarahan rektum, prolaps rektum, radang tenggorok, radang telinga, keputihan (leukorea) dan nyeri lambung.

Kulit akar dan kulit kayu digunakan untuk cacingan, terutama cacing pita (taeniasis), batuk, diare. Bunga digunakan untuk penyembuhan radang gusi, perdarahan, bronkhitis.

Banyak sungguh khasiatnya.
Friday, November 14, 2008 | By: WR

CUTI TERANCANG

Lega rasanya bila cuti.. Bolehlah lupakan buat sementara waktu kesibukan bekerja di sekolah. Namun begitu, sekolah mengambil inisiatif memberikan bahan kerja masa cuti sekolah selaras dengan program cuti terancang. Ianya berhasrat supaya murid tidak melupakan sama sekali pelajaran walaupun mereka bercuti.

Guru mempunyai pandangan berbeza mengenai hal ini. Ada yang secara sinis membuat lawak dengan mengatakan CUTI TERANCANG itu sebagai CUTI TERANCAM. Kalau sekolah tidak membuat program ada pula yang mengatakan sekolah tidak membuat sesuatu untuk mengisi masa cuti murid. Bila berada bersama-sama pihak pengurusan sekolah saya mulai faham kedudukan pentadbir - selalu di"komplen" orang bawahan.

Bagi saya sendiri, saya suka anak-anak saya sesekali dalam masa bercuti melihat buku pelajaran. Apatah lagi yang bongsu akan mula belajar di sekolah menengah tahun depan ( Dia hanya mendapat 4A da;am UPSR yang lepas - BI dapat B ). MOlek juga dia mula menjinakkan diri dengan mata pelajaran sekolah menengah. Bila masuk sekolah menengah nanti tidak lah berlaku KEJUTAN.

Nama pun cuti, memangla kalau tidak dirancang murid akan leka dengan aktiviti-aktiviti masing-masing. Jika tidak dikawal, cuti boleh menyebabkan anak-anak mempelajari perkara baru khususnya dalam pergaulan. Mungkin mereka akan mendapat kawan baru yang PELIK-PELIK. Kawan banyak mempengaruhi kehidupan anak-anak.

Sama-salamlah kita manfaatkan cuti sekolah dengan merancang percutian yang lebih bermakna....
Tuesday, November 11, 2008 | By: WR

SAJAK KEMATIAN

Kontroversi video Sajak kematian yang ditayangkan kepada pelajar sekolah rendah menarik perhatian saya. Secara peribadi saya melihat perkara ini adalah salah satu cara mendidik anak-anak secara yang lebih berkesan menggunakan teknologi moden. Kalau dulu nenek moyang kita selalu bercerita tentang balasan di hari akhirat secara bercerita sahaja. Maka hari ini dengan kemajuan teknologi ia disampaikan dengan lebih berkesan.

Monday, November 10, 2008 | By: WR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM



Esok akan bermula lah peperiksaan SPM. Hari ini seorang murid tingkatan 5 sekolah saya dikejarkan ke HUSM kerana disahkan mengidap acute Appendicitis. Kesian, esok kertas Bahasa Melayu...

Murid diingatkan berjaga-jaga dengan cuaca sejak akhir-akhir ini. HUjan mula turun dan banjir mungkin melanda.
Sunday, November 9, 2008 | By: WR

PERHIMPUNAN AHAD YANG TERAKHIR TAHUN INI

Minggu akhir persekolahan. Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 1,2 dan 4 pun sudah berlalu. Perhimpunan hari ini tidak ramai murid yang hadir. Pun begitu, perhimpunan hari ini tetap meriah kerana majlis penyampaian hadiah untuk anugerah NILAM dan pertandingan membuat BANNER untuk pelajar PMR dan SPM.

Perhimpunan tanpa pengetua hari ini kerana pengetua menghadiri majlis bersama Pengarah di JPN Terengganu. Banyak perkara yang dipesan oleh GPK kepada murid dan perhimpunan berakhir agak lewat sehingga ke pukul 9.00 pagi.

Antara pesan GPK :

1. Kemaskan bilik darjah pada hari akhir nanti.
2. Persiapan banjir sekiranya berlaku terutama pelajar SPM.
3. Bahan untuk Cuti terancang
Saturday, November 8, 2008 | By: WR

KEPUTUSAN UPSR

Minggu depan keputusan UPSR akan diumumkan.(disini)

MUSIM HAJI....

Petang semalam jam 3.30pm saya dan adik beradik yang lain menghantar ibu tercinta dan kekanda suami isteri ke Lapangan Terbang Sultan Ismail, KB. Mereka akan berangkat ke Mekah hari ini. Bila musim haji begini, Lapangan Terbang memang sibuk. Biasala yang menghantar lebih ramai dari jemaah haji. Itu pun separuh jemaah dah berangkat melalui Lapangan Terbang Sultan Mizan di Terengganu. Namun lapangan terbang KB nih masih sesak....



Pemergian bonda buat kali ke dua ke Mekah agak merisaukan kami pertamanya kerana usiannya dan keduanya kerana kesihatannya yang mengidap Kencing manis. Masa di rumah memang dia mengambil ubat kencing manis mengikut arahan doktor. Semoga Bonda dikurniakan Allah kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadat haji dengan sempurna
Thursday, November 6, 2008 | By: WR

BOUGAINVILLEA

Minat saya pada bunga ( terutama bunga kertas dan orkid) memang dah lama iaitu sejak belajar di UPM. Bila bina rumah sendiri pada tahun 1996, sibukla menyuruh suami mencari bunga kertas untuk buat bonsai. Hasilnya adalah 6 pasu bu8nga kertas ditanam .



Tetapi sayang.... sejak kebelakangan ini, bunga yang ditanam tidak terjaga. Balik sekolah jam 3 petang, saya keletihan. Selepas memasak waktu petang, dah tak larat nak keluar rumah untuk membelek bunga-bunga. Taman kecil di depan rumah memang tidak berseri lagi. rumput-rumput memenuhi pasu. Malu la jugak bila kawan-kawan datang. Cuti sekolah nanti, insyaAllah nak cantikkan semula.
Wednesday, November 5, 2008 | By: WR

SALAHLAKU GURU..

Sesekali guru menjadi tumpuan media dan menjadi topik perbualan ramai. Guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat tidak mungkin terjerumus dalam masalah yang TIDAK sepatutnya dialami oleh insan yang bergelar GURU.
Menoleh kembali beberapa insiden yang kurang enak didengar dan tidak sanggup dibaca sekiranya tersiar di media cetak ANTARANYA ialah :
1. Mencabul murid sendiri
2. Mencabul sesama guru
3. Salah guna wang kerajaan
4. Mencederakan murid

sekadar memberikan beberapa contoh, mungkin ada contoh lain......
Antara terhangat ialah apabila guru lelaki mempunyai hubungan dengan murid perempuan. Tempat-tempat strategik yang pada mulanya hanyalah pertemuan biasa guru-murid kadang-kadang bertukar menjadi SARANG yang mencurigai...antaranya:
1. BILIK kaunseling
2. Bengkel KHB
3. Perpustakaan
ekoran itu, tercetusla hubungan terlarang antara murid perempuan dengan guru kaunseling, murid perempuan dengan guru KHB dan murid perempuan dengan guru perpustakaan. Salahkah diadakan bilik-bilik itu? Salahkah murid berjumpa guru? Salah guru mendampingi murid?

Mengapa saya menulis perkara ini?
Saturday, November 1, 2008 | By: WR

KEM SPM LAGI.....

Jumaat sepatutnya hari untuk rehat bagi negeri2 sebelah pantai timur. Tapi saya terpaksa menguruskan satu lagi KEM SPM. Kali ini 13 orang pelajar terpilih untuk menghadiri kem bersama-sama sekolah SMK Tg. IBrahim Setiu. Tak la jauh sangat. Memakan masa satu jam sahaja dari sekolah saya. Saya menyewa sebuah Van dan menggunakan kereta saya sendiri untuk mengangkut pelajar. Kali ini melibatkan mata pelajaran saya sendiri, jadi saya memang kenal sangat pelajar2 ni... Kalau yang terdahulu saya menguruskan kem untuk pelajar kelas sains, memangla senang kerana pelajar itu berdisiplin, cerdik dan tahu mengurus diri. Tapi yang kali ini pelajar sederhana dari kelas aliran sastera...mereka kurang serius terhadap pelajaran, sedikit nakal. Pelajar lelakinya seramai 9 orang (seorang tak hadir kerana kakaknya kawin]

Yang perempuan 4 orang je...


Sejak umor saya dah masuk 40han... saya kurang mengamok pada pelajar. Pendekatan saya berlainan dari mula2 mengajar dulu yang GARANG. Berjanji untuk bertolak jam 7.00am. kerana perjalanan mengambil masa satu jam. Kem bermula 8.30am. Namun bila saya tiba di sekolah seorang pun tak ada. yang ada hanyalah pemandu van yang tiba 5 minit sebelum jam 7.00am.

Saya menelefon mereka seorang demi seorang. Ada yang sedang bersiap, sedang mandi, basikal rosak, ayah ada hal dan macam2 alasan yang mereka beri. Peningla jugak dibuatnya.. Jam 7.30am baru semuanya berkumpul. Itu pun seorang terpaksa diambil ditengah jalan.....

Kem berakhir jam 6.00pm. Oleh kerana beberapa urusan, bertolak pulang jam 6.30pm. Sampai di sekolah lebih kurang jam 7.30pm. Itu pun saya bawa kereta perlahan kerana peristiwa ditahan polis trafik minggu lepas masih dalam ingatan. Bila sampai mereka ni pulak buat hal. Yang lelaki tidak mahu terus pulang tapi solat magrib di surau sekolah . Yang perempuan saya hantar ke rumah masing2. Walau penat tapi lega kerana mereka sampai kerumah masing2.

Pelajar lelaki siap suruh saya balik kerana mereka masih nak bersama...Sampai di rumah saya selepas solat isya, saya telefon mereka. Rupanya mereka belum pulang dan berhenti makan di restoran.... Adus....geram betul.. Dalam keadaan guru sedang memikirkan keselamatan mereka, mereka masih seronok makan2 ..Dalam nada tegas saya mengarahkan mereka pulang segera. Akhirnya mereka akur....Jam 9.00pm saya hubungi mereka lagi dan mereka telah berada di rumah masing2...barula saya dapat berehat dengan tenang....SPM 10 HARI LAGI........
Thursday, October 30, 2008 | By: WR

MUSIM MENJAMU SELERA DAH TIBA.....

Bila persekolahan telah tiba ke penghujung, selalunya banyakla jamuan akan diadakan. Seolah-olah sudah jadi trend sejak 2-3 tahun kebelakngan ini sekolah mengadakan jamuan di luar. Unit-unit tertentu macam berlumba2 memilih lokasi jamuan akhir tahun.

Tadi saya turut bersama Unit PSS untuk meraikan Jamuan Akhir tahun di Bukit Keluang Beach Resort. Seronok juga menjadi sebahagian daripada AJK pengurusan sekolah. Hehehhe.. kalau ada jamuan atau apa-apa majlis kita dijemput sama...

Dengar khabar, Badan Pengawas pula berura-ura mengadakan jamuan akhir tahun di sebuah hotel di Kota Baru. Mak ai.... jauh la pulak. Jamuan guru anjuran kelab Guru pula menempah tempat yang sama dengan Unit PSS..

Masuk senarai "menunggu" ialah Koperasi Sekolah, PUM, Pasukan SPM dan 2-3 unit lain yang akan mengadakan jamuan. Jamuan-jamuan la jugak.. bila akhir tahun jangan lupa banyak perkara perlu dibereskan.
Saturday, October 25, 2008 | By: WR

SABTU YANG MELETIHKAN

Semalam ibu yang tinggal di Machang mengadakan solat hajat kerana dia akan menunaikan haji buat kali kedua bersama kakak dan abang ipar. Saya terpaksa bergegas pulang ke Jerteh selepas selesai majlis dan tidak sempat bersama-sama adik beradik yang lain untuk mengemas apa yang patut. Ini kerana saya terpaksa ke Kuala Terengganu awal pagi ini.( Sabtu ) untuk satu mesyuarat di Jabatan Pelajaran Terengganu (JPN )

Saya bertolak seawal 7.30am selepas mengisi minyak di stesen petronas. Memandu berseorangan dengan jarak 115km dengan mengambil masa hampir 2 jam memang memenatkan bagi saya. Jalan raya memang sentiasa sibuk pada hari sabtu. Kuala Terengganu bagi saya agak asing. Saya tidak berapa mahir memandu dan tidak berapa tahu selok belok jalan rayanya. Saya lebih mahir memandu di Kota Bharu. Bila memandu berseorangan saya lebih suka mengambil jalan utama dan tidak melalui jalan pantai. Walau pun kenderaan agak banyak saya lebih rasa selamat. Jalan pantai agak sunyi dan menakutkan. Apatah lagi sejak membaca berita sepsang suami isteri dari Jerteh yang ditembak sekumpulan "perompak" agaknya. Suamim isteri itu berada di jalan raya dan dikepung penyerang yang akhirnya menembak kearah kereta mereka. Akibatnya si isteri terbunuh. Saya jadi fobia.

Saya berhenti di stesen minyak Tok Jiring untuk ke tandas dan meneruskan perjalanan ke destinasi. namun saya terlepas jalan masuk ke JPN. Dah banyak kali datang ke JPN, namun saya masih tidak masak jalan di KT.

Mesyuarat bermula jam 9. Kebetulan selepas mesyuarat dan bengkel, kami menjamu selera sempena Hari Raya. Mesyuarat tamat jam 2.30 pm. Saya dan seorang teman solat zohor di JPN sebelum pulang. Dalam perjalan pulang sahabat saya Cikgu Ramlah menemankan saya singgah di MYdin MALL. Saya membeli beg pakaian untuk anak yang tinggal di asrama. Begnya telah rosak. Sebagaimana susahnya hendak parking begitulah juga sukarnya hendak keluar dari parking di MYDIN MALL.... terkial2... akhirnya dapat jugak keluar ke jalan besar. Jam sudah pukul 4.45pm. Nasib baik dah solat jamak tadi.

Meneruskan perjalanan pulang, hujan turun pula...Begitula keadaan akhir2 ini. HUjan selalu turun waktu petang. Jalan agak sesak. Saya terpaksa memandu agak laju untuk cepat sampai... Takut juga kalau lewat petang.. saya PENAKUT.... Suami pula menelefon bertanyakan perjalanan saya. Dia pun bimbang saya memandu sendiri.. Dalam leka memecut, adus.. semasa memotong sebuah kenderaan.... saya ditahan polis trafik. Dalam hati saya mengagak yang saya akan disaman.Saya membuka cermin kereta.
" Laju kak memandu..... memotong lagi.. nak kemana ni" Tegur seorang anggota trafik.
" Saya dari Kuala Terengganu, ni hujan2 saya nak terkencing, sebab tu laju....." Spontan saya menjawab...hehehhe nak tergelak pun ada...
" MIntak lesen kak" Polis itu masih berbudi bahasa..Tanpa berlengah saya menghulurkan lesen.
"NI Ops Sikap kak.., ......" Belum sempat dia meneruskan kata-kata... saya memotong.
" Saya mintak maaf encik.. saya tak tahan nak ke tandas.. Saya dah memandu hampir 2 jam dalam hujan..." Dia tersenyum..
" Tak apa la kak... lain kali jgn laju ye.. bahaya"
Leganya........Setelah mengucapkan terima kasih, saya memulakan perjalanan saya dengan agak "sopan".. Dah terkena baru nak hati2...

Saya sampai ke rumah jam 6.20pm... Mak ai.. penatnya... kesian anak2 menunggu....Esok dah sekolah lagi....
Thursday, October 23, 2008 | By: WR

KESIBUKANKU SEBAGAI SEORANG GURU, ANAK, IBU DAN ISTERI

Di blog ini saya mengandaikan diri saya sebagai seorang guru, sebab itu diskripsi blog saya ditulis "DIARI MAYA SEORANG GURU". Aktiviti sebagai seorang guru sentiasa terisi dengan P&P, nota pelajar, kegiatan PMR, SPM, pembelian PCG, ulangkaji, latihan,mesyuarat, aktiviti Ko dan bermacam-macam lagi....Namun hari ini saya seolah-olah tersedar, batang tubuh ini bukan hanya milik SEKOLAH walaupun kadang-kadang kerja sekolah dibawa balik ke rumah.

Hari ini saya keletihan ke sekolah kerana malam tadi ayahnda yang telah tua menuntut dilayan sebagai seorang bapa. Badannya yang telah uzur, sakit-sakit perlu dirawat. Sebagai seorang anak, siapa lagi yang perlu bertanggungjawab terhadap bapanya. Disaat dia terlantar keuzuran, ingatan tentang baktinya tatkala saya masih kecil kecil, bersekolah dan berada di menara gading menjelma. Bagiamana susah sekalipun, dia akan menyediakan keperluan sekolah saya.

Sebagai seorang ibu pula, anak-anak amat memerlukan diri ini untuk membereskan hal persekolahan yang tidak dapat diselesaikan. Saya lah yang menjadi rujukan anak-anak kerana ayahnya sibuk dengan kerja.

Kesibukan sebagai seorang guru terhadap pelajar dan majikannya, anak terhadap seorang bapanya, ibu terhadap anak-anaknya tidak berhenti setakat itu sahaja. Malah tanggungjawab yang tidak kurang BESARnya menunggu untuk dilaksanakan iaitu tangungjawab seorang isteri terhadap suaminya. Suami yang keletihan bekerja juga memerlukan layanan seorang isteri.

terfikir dibenak ini mampukah saya menjalankan kewajipan ini dengan sempurna..... Bukan merintih atau tidak sanggup lagi menghadapi situasi begini, cuma sekadar luahan hati seorang guru, anak, ibu dan isteri....Semoga selepas apa yang diluahkan di sini, bebanan/tekanan menjadi reda.... Hanya di sini tempat melepaskan luahan hati. Individu yang terlibat yang diceritakan tidak tahu menahu pun...
Wednesday, October 22, 2008 | By: WR

MESYUARAT PASUKAN SPM KALI KE 3

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengetua hari ini membincangkan antara lain:
1. Prestasi sekolah dalam Peperiksaan Percubaan seluruh negeri Terengganu (47 /117)
2. 2 Orang pelajar sekolah yang menjadi antara pelajar terbaik negeri - Mohd Hafizuddin (9A) dan Mohd Faizul (8A). Tahniah!
3. Program SPM ( Oktober - November ):

a. majlis Penyampaian Hadiah untuk 10 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Percubaan yang lepas.
b. Program Mentor-mentee
c. Motivasi Menjelang SPM
d. Solat hajat
e. Majlis Restu Ilmu

Mesyuarat berakhir pada 2.45pm
Tuesday, October 21, 2008 | By: WR

SUMBANGAN KFC DARIPADA DATO' SERI IDRIS JUSOH

DS Idris Jusoh bermurah hati menaja KFC kepada pelajar-pelajar yang mengikuti Program Accelerated Learning. Guru-guru yang terlbat juga tidak ketinggalan menerima habuan itu...

Nampaknya DS Idris Jusoh berpuas hati dengan persiapan sekolah untuk menjalankan Program tajaannya itu...Pengetua pun turut bangga kerana sekolah ini menjadi sekolah pertama di Terengganu menerima program sedemikian.
Monday, October 20, 2008 | By: WR

PERMOHONAN DALAM TALIAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Satu Taklimat akan diadakan di sekolah saya untuk memaklumkan kepada pelajar Tingkatan 3 tentang Permohonan Dalam Talian ke Sekolah Menengah Teknik.
Tarikh : 28 Oktober 2008
Hari : Selasa
Tempat : Surau

Taklimat akan disampaikan oleh kaunselor sekolah.

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Januari 2009

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4

Cuaca agak mendung. Hari ini tiada bacaan Yaasin berjemaah kerana Peperiksaan Akhir Tahun bermula bagi tingkatan 4. Kelas yang tidak menghadapi peperiksaan membaca Yaasin dalam kelas masing-masing bersama guru kelas mereka.

Pelajar nampak serius menjawab kertas Bahasa Melayu.( Kelas yang saya masuk , Kelas lain tak tahu la... )Masing-masing kusyuk menulis dan mengambil kertas jawapan di meja guru kerana kertas yang dibekalkan tidak mencukupi... Banyak sangat idea kot nak tulis. Bagusla. Semasa peperiksaan begini, sesetengah guru amat suka kerana kelas akan menjadi senyap.
Sunday, October 19, 2008 | By: WR

KEM KECEMERLANGAN SPM

Sejak kebelakangan ini, Kem Kecemerlangan Pelajar peringkat negeri kerap diadakan. Murid yang disasarkan untuk mendapat straight A dikumpulkan diseluruh negeri untuk digilap bagi mencapai impian itu. Bagi sekolah saya, yang terbaru 10 orang pelajar SPM terpilih untuk menghadiri KEM "sedemikian" di Kolej Multimedia Telekom, Rusila, Marang.

Penganjur tidak menepati masa agaknya menyebabkan jadual pelajar pulang dari KEM tersasar dari jadual sebenar. Sepatutnya kem berakhir pada pukul 4 petang tadi. Apa yang terjadi ialah majlis penutup kem berlanjutan hingga pukul 6 petang. Jenuh guru-guru yang mengurus pelajar menunggu. Lebih-lebih lagi yang hendak pulang jauh seperti sekolah saya. Perjalanan mengambil masa 2jam lebih.

Pelajar tiba di perkarangan sekolah hampir pukul 9 malam.......Memangla "merisaukan" kerana ibubapa sudah lama menunggu.. Pihak penganjur patut memikirnya semua kemungkinan terutama aspek keselamatan pelajar lebih-lebih lagi pelajar perempuan yang tinggal jauh dari sekolah. Ibu bapa yang datang menjemput pula hanya dengan motosikal....

Syabas kepada pelajar yang terlibat. Kejayaan Anda Dalam SPM nanti menjadi kebanggaan sekolah...
Saturday, October 18, 2008 | By: WR

APAKAH HUKUMAN YANG PALING WAJAR?

Pelajar yang terlibat dengan KES PELAJAR TENDANG GURU digantung persekelohan selama seminggu untuk siasatan... Apakah HUKUMAN yang paling wajar untuk beliau?

KISAH BENAR ATAU SEBUAH PENIPUAN

Semalam selepas selesai kertas geografi PMR saya mendapat panggilan telefon daripada anak saya yang tinggal di asrama supaya mengambilnya di asrama sekolahnya. Dalam perjalanan , saya singgah membeli surat khabar. Selesai membeli semasa saya melangkahkan kaki ke dalam kereta, saya di panggil oleh seorang remaja.

remaja : makcik, tolongla saya, saya tak ada duit nak balik ke kampung.
saya : kamu nak balik kemana?
remaja : Kuantan.
saya : kamu dari mana?
remaja : saya dari Sekolah Teknik Besut. tinggal di asrama. saya nak balik Kuantan tapi tak ada duit. Dari semalam saya di sini tidur di surau tuh malam tadi.
saya : Habis kalau tak ada duit kenapa kamu nak balik? Duduk je la di asrama. Lagi pun ahad nih sekolah dah buka semula. Mana sempat awak nak datang balik sekolah?
remaja : Saya balik sebulan sekali ke kampung. nih kena balik WAJIB.
[saya mula mencurigai remaja ini... cakapnye macam berbelit-belit.]
saya : betul ke cerita awak ni.... mana beg awak? Takkan awak nak balik lenggang je ni? Mana kad pengenalan awak saya nak tengok. Sebenanrnya saya nih seorang guru. Ada jugak kawan saya yang mengajar di sekolah Teknik tu. Nama awak sape?
remaja : ooo.. cikgu ke? Nama saya Nazrin. Tapi kad pengenalan saya tak ada. Saya simpan di rumah.
saya : Aik? Kenapa tinggal di rumah? Ni salah ni awak tak bawa kad pengenalan, nanti orang ingat awak ni pendatang haram ke ape.... Saya kesiankan awak, tapi zaman sekarang ni banyak sangat penipuan.. saya tak boleh percaya 100% kat awak..
remaja : terpulang la cikgu nak percaya ke tak....[ mukanya masam mencuka , kesian pulak saya tengok..]
saya : okla.. saya boleh bagi awak RM5 sahaja. INi buat awak makan.....
remaja : terima kasih cikgu.
[ remaja itu terus berlalu, saya pun tak dapat nak tunggu lama kerana anak saya dah lama menunggu.. Dalam hati terfikir pulak ini satu teknik penipuan zaman moden atau betul-betul satu kisah malang seorang pelajar.... Bila pulang ke rumah saya menceritakannya kepada suami. Suami saya jenis yang tidak kisah.. tinggallah saya masih memikirkannya .....
Friday, October 17, 2008 | By: WR

TERLEPAS HUKUMAN GANTUNG



sedutan dari NST
PUTRAJAYA: Citing incomplete investigations and insufficient evidence, the Federal Court yesterday set aside the murder conviction and death sentence on a former security guard accused of murdering a 10-year-old girl four years ago.

The accused, Mohd Abbas Danus Baksan, was spared the gallows but still has to serve a 20-year jail sentence after pleading guilty at the Johor Baru Sessions Court for raping Nurul Huda Abdul Gani.

Abbas, 52, had another reason to heave a sigh yesterday -- the 24 strokes imposed on him for the rape was also set aside due to his age as the law states that those aged 50 and above would be spared the rotan.

At the time of the rape conviction in 2004, Abbas was 48 years old, but he was not whipped as he had appealed against his sentence.

KES MURID TENDANG GURU


malam tadi sempat merakam rakaman berita tentang kes murid melawan guru yang disiarkan di TV3. Malangnya bila nak siarkan di sini TERDELETE la pulak....

Saya tidak terkejut sangat dengan berita ini.. Tidak mustahil perkara ini terjadi pada masa sekarang. Pelajar begini selalunya dengan mak bapak mereka pun jenis yang melawan jugak.
Thursday, October 16, 2008 | By: WR

LAWATAN DARI SK PADANG LUAS

Hari ini sekolah saya menerima kunjungan dari SK Padang Luas. Ini adalah acara tahunan dari SK PAdang Luas sebagai aktiviti selepas UPSR mereka ke sekolah yang akan mereka masuki pada tahun depan. Seramai lebih kurang 60 orang pelajar tahun 6 SK pdang Luas diiringi oleh 5 guru mereka diketuai oleh GPK HEMnya Hjh. Hamidah Ab. Rahman.

Dalam K\kelam kabut, tidak sempat pula mengambil gambar-gambar mereka yang masih kecil ini. Mereka di bawa melawat kawasan sekolah seperti makmal KOmputer, Perpustakaan, Bengkel KH, Bilik Katering, dan bilik Kaunseling. Kemudian sekolah menyediakan sedikit jamuan di Kantin sekolah.
Tuesday, October 14, 2008 | By: WR

JADUAL PEPERIKSAAN PMR

ISNIN - BAHASA MELAYU 1 & 2, PENDIDIKAN ISLAM
SELASA - BAHASA INGGERIS 1 & 2, SAINS 1 & 2
RABU - MATEMATIK 1 & 2, SEJARAH
KHAMIS - KHB ( 1,2,3 & 4 )
JUMAAT - GEOGRAFI

Gambar di bawah ialah perhimpunan pada hari pertama peperiksaan iaitu pada hari isnin. Kelihatan penyelaras PMR bersama GPK HEM dan guru-guru PMR turut bersama. Perhimpunan bertempat di Dewan Terbuka sekolah.


Semua laluan ke bilik peperiksaan di"haram"kan kepada pelajar-pelajar lain.
Sunday, October 12, 2008 | By: WR

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR

Esok merupakan hari pertama murid-murid saya menghadapi peperiksaan PMR. Hari ini semasa perhimpunan mingguan, saya lihat masih ramai murid tingkatan 3 yang hadir. Mereka diarahkan masuk ke Surau sekolah kerana kelas mereka telah disediakan sebagai bilik peperiksaan esok.

Saya masih sempat berjumpa murid 3S1 untuk memberi tip-tip kali terakhir.... Dikesempatan itu pelajar-pelajar perempuan bersalaman memohon restu guru...

Anak-anak didikku... Cikgu doakan kamu semua berjaya.. Kepada Siti Khatijah dan Tn. Amira : Kamu adalah harapan untuk 8A...

Selamat Berjaya..

Jangan lupa.... bawa kad pengenalan dan slip peperiksaan..
Friday, October 10, 2008 | By: WR

Bahasa Indonesia Vs Bahasa Malaysia

Saya dengan tidak sengaja menemukan sebuah blog yang penulisnya berbangsa Indonesia. Bila membaca topik INdahnya Bahasa Indonesia perasaan saya bercampur aduk antara MARAH dan sesekali SENYUM SENDIRI. Mungkin itu hanyalah satu GURAUAN, tapi ianya amat keterlaluan dong.....
INDONESIA : Kementerian Hukum dan HAM
MALAYSIA : Kementerian Tuduh Menuduh

INDONESIA : Kementerian Agama
MALAYSIA : Kementerian Tak Berdosa (oh please...)

INDONESIA : Angkatan Darat
MALAYSIA : Laskar Hentak-Hentak Bumi

INDONESIA : Angkatan Udara
MALAYSIA : Laskar Angin-Angin

INDONESIA : Pasukan bubar jalan !!!
MALAYSIA : Pasukan cerai berai !!!

INDONESIA : Merayap
MALAYSIA : Bersetubuh dengan bumi

INDONESIA: rumah sakit bersalin
MALAYSIA: hospital korban lelaki (Yang Benar Aje..? S..)

INDONESIA : telepon selular
MALAYSIA: talipon bimbit

INDONESIA : Pasukan terjung payung
MALAYSIA : Aska begayut

INDONESIA : belok kiri, belok kanan
MALAYSIA : pusing kiri, pusing kanan

INDONESIA : Departemen Pertanian
MALAYSIA : Departemen Cucuk Tanam

INDONESIA : 6.30 = jam setengah tujuh
MALAYSIA : 6.30 = jam enam setengah

INDONESIA : gratis ngobrol 30menit
MALAYSIA : percuma berbual 30minit

INDONESIA: tidak bisa
MALAYSIA: tak boleh

INDONESIA: WC
MALAYSIA: tandas

INDONESIA: Satpam
MALAYSIA: Penunggu Maling

INDONESIA: Aduk
MALAYSIA : Kacau

INDONESIA: Di aduk hingga merata
MALAYSIA : kacaukan tuk datar

INDONESIA : 7 putaran
MALAYSIA : 7 pusingan

INDONESIA : Imut-imut
MALAYSIA : Comel benar

INDONESIA : pejabat negara
MALAYSIA : kaki tangan negara

INDONESIA :bertengkar
MALAYSIA : bertumbuk

INDONESIA : pemerkosaan
MALAYSIA : perogolan

INDONESIA : Pencopet
MALAYSIA : Penyeluk Saku

INDONESIA : joystick
MALAYSIA : batang senang

INDONESIA : Tidur siang
MALAYSIA: Petang telentang

INDONESIA : ONANI
MALAYSIA : Tarik - Dorong Kelamin

INDONESIA : Air Hangat
MALAYSIA : Air Suam

INDONESIA : Terasi
MALAYSIA : Belacan

INDONESIA : Pengacara
MALAYSIA : Penguam

INDONESIA : Sepatu
MALAYSIA : Kasut

INDONESIA : Ban
MALAYSIA : Tayar (diambil dari cara baca tulisan Tyre dalam english)

INDONESIA : remote
MALAYSIA : kawalan jauh

INDONESIA : kulkas
MALAYSIA : peti sejuk

INDONESIA : chatting
MALAYSIA : bilik berbual

INDONESIA : rusak
MALAYSIA : tak sihat

INDONESIA : keliling kota
MALAYSIA : pusing pusing ke bandar

INDONESIA : Tank
MALAYSIA : Kereta kebal

INDONESIA : Kedatangan
MALAYSIA : ketibaan

INDONESIA : bersenang-senang
MALAYSIA : berseronok

INDONESIA : bioskop
MALAYSIA : panggung wayang

INDONESIA : rumah sakit jiwa
MALAYSIA : gubuk gila

INDONESIA : dokter ahli jiwa
MALAYSIA : Dokter gila

INDONESIA : narkoba
MALAYSIA : dadah

INDONESIA : pintu darurat
MALAYSIA : Pintu kecemasan

INDONESIA : hantu Pocong
MALAYSIA : hantu Bungkus

Lihatlah tulisannya ( di sini )

Kenangan Lama

Malam tadi seorang kawan lama menelefon untuk mengucapkan Selamat hari Raya. Dia dapat no saya dari seorang kawan yang kebetulan terserempak di majlis kenduri kawin sedaranya.... Kebetulan pula Blogger Cikgu Yusof ada bertanya tentang kakak angkat saya dari Muar, Maka ingatan saya tentang kenangan lama ketika bersekolah di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BARU dulu muncul semula.



ini adalah gambar bersama-sama kawan sekolah yang tinggal di asrama. Bergambar sebelum ke sekolah.... nampak KARTUn je....nak tergelak la pulak...




Ini pula bergambar di asrama bersama senior.Ini gambar ZAMAN P. Ramlee & Saloma.. hehehhe


Yang ini bergambar bersama ahli rumah BETA semasa Sukan tahunan Sekolah.... Saya mewakili rumah Beta dalam acara pecut 1oo m, 200m . Jugak lompat jauh. JUga membantu rumah Beta menjuarai 4 x 400m.

Majlis Solat Hajat PMR & SPM 2008 dan Majlis Izin Ilmu PMR

Sekolah mengadakan solat hajat pada malam khamis lepas. Aturcara majlis :

6.45pm - jemputan ( ibubapa, PIBG Guru dan Murid berkumpul di surau sekolah.
6.59pm - Solat maghrib berjemaah
7.30pm - Solat Hajat
7.45pm- Bacaan Yaasin
8.10pm - Solat Isya Berjemaah
9.00pm - Jamuan nasi dan kuih muih raya

Bagi saya majlis berjalan lancar. Jumlah yang hadir sangat membanggakan.... namun masih ada sedikit kekurangan. Dan.. kekurangan yang sedikit itu telah dibesar-besarkan sehingga di mata mereka yang tidak hadir ianya menjadikan seolah-olah majlis itu GAGAL sama sekali. Puncanya hanyalah kerana susunan makanan lelaki dan perempuan terlalu dekat menyebabkan jemputan wanita yang hadir terpinggir kerana tidak mahu berebut hidangan berbentuk buffet..... Majklumla.. jemputan lelaki agak RAKUS... keluar je surau teur serbu makanan sampai makanan yangg dikhaskan untuk wanita pun turut dikerumuni sama....
Ala.... sikirt je silapnya..... Kalau kenduri pun kerana terlalu ramazi yang hadir mestilah "kecoh" sikit.....makanan cukup cuma sedikit kesilapan teknik.. janganla cepat melenting kan... SABAR....
Wednesday, October 8, 2008 | By: WR

SAMBUTAN HARI RAYA OLEH KELAB GURU

Kelab guru telah menganjurkan sambutan hari raya di bilik guru sekolah kami. Saya sedang mengajar di bengkel apabila menerima panggilan telefon dari GKMP Kemanusiaan untuk ke majlis tersebut. Majlis bermula pukul 10.00 pagi sedangkan saya habis mengajar pukul 10.20am.

Pukul 10.20 saya terus ke bilik guru, malangnya ruangan agak sempit menyebabkan keadaan kurang selesa. Makanan yang diletakkan dikerumuni guru-guru menyebabkan susah untuk mengambil makanan. Ingin saya beredar tetapi mengingatkan saya belum makan jadi saya terus menunggu sehingga GPK Pentadbiran menegur supaya mengambil makanan. Saya bersuara jugak mengatakan susah nak ambil makanan.

Selepas makan saya terus beredar untuk membuat persediaan masuk ke kelas 5EP.
Tuesday, October 7, 2008 | By: WR

KOKURIKULUM vs KURIKULUM

Nampaknya aktiviti kokurikulum semakin muram apabila sampai ke penghujung tahun. Hari ini (SELASA ) sepatutnya semua warga sekolah saya memakai baju seragam kelab masing-masing.Sekolah saya mewajibkan semua warga sekolah memakai baju ko pada setiap hari selasa. Nampaknya hanya PK Ko yang pakai uniform pengakap, guru-guru lain buat selamba je... Murid-murid pun ramai yang tidak memakai baju kokurikulum yang dikhaskan.... Banyak aktiviti sekolah yang HANGAT pada awal persekolahan sahaja. Bila dah sampai ke hujung tahun LESU semuanya.

Berlainan pula dengan guru-guru yang mengajar kelas peperiksaan nampak semakin bekerja kuat.Habis semua kertas percubaan seluruh negeri diberikan kepada murid.Apa tidaknya berjaya atau tidaknya sekolah selalu diukur dengan pencapaian kurikulum yang baik. Apabila keputusan peperiksaan awam keluar, guru-guru mata pelajaran lah yang paling berdebar-debar... kalau keputusan kurang baik.. siaplah post mortem nanti..Sebab itu semakin hujung tahun aktiviti untuk pelajar kelas peperiksaan
( tingkatan 3 & 5) semakin GALAK dijalankan....
Sunday, October 5, 2008 | By: WR

Hari persekolahan pertama selepas RAYA

Hari ini Hari Raya Ke Lima. Juga hari persekolahan pertama selepas cuti raya. nampaknya pelajar masih dalam mood raya. Masih ramai yang beraya.. sehinggakan semasa perhimpunan jelas kelihatan bilangan pelajar yang hadir merosot. Walau bagaimanapun muridku pelajar tingkatan 3 yang akan menghadapi PMR minggu depan amat bersemangat dan patut dipuji... masih memberikan tumpuan terhadap kertas ulangkaji yang diberikan.
Hari ini juga Cikgu Ghani mengadakan kenduri kawin anak sulungnya. Semasa menghadiri kenduri rumah cikgu Ghani jalan raya utama masih sesak terutama di simpang tiga lampu isyarat. Teringat kesesakan jalan raya pada hari raya Kedua sehinggakan terpaksa membatalkan beberapa ziarah...... Semasa menghantar anak-anak ke asrama semalam pun jalan tetap sesak dengan pengguna jalan raya terutama yaNg berkereta. Mereka ini anak Kelantan yang bekerja di Johor dan Kuala LUmpur.
Sunday, September 28, 2008 | By: WR

SELAMAT HARI RAYA

Dua tiga hari ni mungkin tak menulis di sni kerana sibuk... maklumlah akhir ramadhan... entah jumpa atau tidak ramadhan yang akan datang.... Niat hati nak menghidupkan malam-malam akhir ramadhan sebaik mungkin.

Di samping itu anak-anak juga mintak buat persiapan hari raya. maklum la budak-budak suka sangat dengan suasana meriah hari raya...Jadi tersangat-sangat lah sibuknya....

Selamat hari raya kepada semua rakan guru dan pelajar-pelajarku 3SE1 yang kononnya tak mahu beraya kerana nak fokus pada peperiksaan...
Wednesday, September 24, 2008 | By: WR

Bila Guru Berniaga...

Bayangkan sebuah Bilik bernama bilik guru yang sepatutnya tempat guru membereskan tugasnya selain dalam bilik darjah.... dipenuhi buku-buku latihan pelajar dan alat bantuan mengajar.... TIBA_TIBA bertukar menajdi sebuah Pasar Lambak atau Pasar Borong yang dipenuhi segala macam barangan.. tambah-tambah apabila hari raya akan tiba tidak berapa lama lagi....kuih raya ada.... pinggan mangkuk ada.... cadar ada.. kasut ada..dan pelbagai barangan lagi.... Tapi itu semua berlaku di sekolah mana? Tak pastilah saya.. Saya hanya membayangkannya sahaja..
Tuesday, September 23, 2008 | By: WR

SKT 2008

Pengetua menyarankan borang skt 2008 bertaip komputer. Jenuh cikgu-cikgu berusaha untuk menaip borang menggunakan komputer.... ada yang mengundur kebelakang menggunakan mesin taip... yang lain "mengupah" seseorang untuk ditaipkan.... Macam-macam.

Ramai yang beranggapan borang skt hanyalah satu prosedur tahunan yang biasa.... bukan dimabil kira sangat untuk APC. Senarai penerima sebenarnya sudah dibuat oleh pegawai penilai... betul ke?
Monday, September 22, 2008 | By: WR

ACCELERATED LEARNING

Dato` Seri Idris Jusoh semasa ucapan perasmian mesyuarat PIBG telah mengumumkan satu program yang akan dibawa ke sekolah saya yang dipanggil Accelerated Learning. Satu taklimat diadakan untuk guru-guru yang terlibat di Bilik Gerakan sekolah. Bila difahamkan ianya satu kaedah untuk pelajar mengingat dengan cara yang menyeronokkan. Didalamnya terdapat pelbagai kaedah untuk membantu pelajar menguasai pelajaran dengan cepat dan seronok. Buat masa sekarang program itu akan dijalankan terhadap pelajar terpilih dari tingkatan dua. Bekas pengarah MARA yang juga perintis kaedah ini turut hadir bersama kakitangan syrikat mereka bagi memberi penerangan kepada guru-guru yang terlibat. Setakat mana ianya berjaya... Tunggu dan lihat...
Friday, August 29, 2008 | By: WR

SUDAH MASUK ZON PEPERIKSAAN

Ketiga-tiga anak saya akan mengambil peperiksaan pada tahun ini. Yang sulong SPM menanti..... Yang tengah berdebar menghadapi PMR dan yang bongsu begitu teruja untuk menduduki peperiksaan awam buat pertama kali iaitu UPSR.

Pada tahun ini nampaknya giliran calon UPSR menjalani peperiksaan dalam bulan puasa. Di sini, murid-murid yang mengambil UPSR paling ketara di"uli" oleh guru-guru dalam usaha untuk mengejar bilangan yang mendapat 5A.Saya sering tersenyum sendiri melihat situasi ini..... pelajar yang masih kecil ini diberikan tekanan yang kuat belajar sepanjang hari hingga ke saat-saat akhir peperiksaan. bayangkan.. dalam satu hari mereka belajar di sekolah dari jam 7.40 hingga 1.00 petang. Kemudian terpaksa menghadiri kelas tambahan sehingga pukul 3.30 petang. Bila balik ke rumah mereka tertidur dihadapan televisyen. Terlepas pulak rancangan kartun kegemaran! Malam selepas solat maghrib, terkocoh-kocoh menyiapkan diri ke kelas malam anjuran sekolah lagi..... sehingga pukul 10 malam.Kadang-kadang kesian melihat si bongsu ku keletihan padahal slip UPSR tidak berharga pun untuk memohon pekerjaan.

Berbeza pula setelah mereka membesar dan masuk ke alam remaja untuk menghadapi peperiksaan besar yang bakal menentukan kerjaya mereka...SPM... mereka seolah lupa diri sibuk dengan telefon bimbit dan awek! Kelas tambahan jarang dihadiri. Puas guru berleter dan ibubapa pula tidak dapat berbuat apa-apa. Si sulongku.. emak sentiasa berdoa untuk kejayaanmu.....

Buat kakak tengah yang akan menghadapi PMR.... semoga terus mendapat keputusan yang membanggakan. Ingatlah anak-anakku..... kamu sudah masuk ZON PEPERIKSAAN. Jangan leka dan masih relaks dengan kesibukan yang direka-reka. Emak tidak meninggalkan harta yang banyak untuk kamu bila dewasa sendiri....
Related Posts with Thumbnails